Monday, 31 December 2012

HOT: MADAH BERHELAH HADI AWANG



Banyak sangat la helah Hadi Awang ni. Bila dah terkantoi dengan Amanat sendiri, macam-macam cara Hadi Awang nak cari salah orang lain. Inilah sikap PAS yang sentiasa mencari kesalahan orang lain tapi kesalahan sendiri buat-buat nak tegakkan benang basah. 

Tokoh agama menempelak sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat jika mahu beliau memberi penjelasan berhubung amanatnya mengkafirkan UMNO yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. 

Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam. 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tidak perlu ada syarat, yang salah tetap salah, benda sudah terang dan jelas, mengharamkan sembelihan orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah salah. 

Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.

Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...