Friday 4 January 2013

Bukti PAS Setuju Penggunaan kalimah Allah Untuk Kristian Didedah


Isu penggunaan Kalimah Allah kepada penganut Kristian di dalam Bible versi Bahasa Melayu menjadi lebih parah. Teman rasa isu ini telah menjadi duri dalam daging bagi umat Islam. Teman nak memetik kenyataan Anwar China Doll menyatakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang dijadual Selasa ini akan membincangkan isu Kalimah Allah tersebut. Isu berkenaan tidak berbangkit namun sedia berbincang sekiranya wujud pertikaian baru memandangkan pada 2010 Pakatan Rakyat bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

"Saya percaya isu ini boleh dibangkitkan dalam mesyuarat walaupun Pakatan telah putuskan pada 2010.

Pada Januari 2010 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Apa tu? Teman pun pening. Bukti PAS telah bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah bagi agama Kristian. Teman pun hairan, banyak sangat pemimpin-pemimpin PAS sendiri berlakon dan bersandiwara mengatakan menentang penggunaan Kalimah Allah ini. Pelik sungguh! kan..kan.. Mana satu betul ni weh! Kome ni kalau tak pusing-pusing memang la tak sah hidup. Rupanya PAS selama ini berlakon sandiwara dengan ahli-ahli PAS sendiri waima rakyat yang beragama Islam pun tertipu dengan PAS. PAS mendakwa sebagai parti Islam tetapi PAS sendiri menggadai agama dan Islam demi cita-cita peribadi pemimpin-pemimpin deme. Pemimpin beginikah yang kome nak pilih? No Way man...heee

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...