Tuesday, 1 January 2013

ZALIMNYA KERAJAAN BN, MACAM TAK PERCAYA!



Teman rasa dah macam-macam kerajaan BN dah bagi kat rakyat. Masih ada yang kata Kerajaan BN zalim dan kejam. Terbaru, satu Skim Takaful Pekebun Kecil Berkelompok Risda diwujudkan. Pekebun kecil pun dah ada insuran Takaful. Zalimnya Kerajaan BN ye! Bagi insuran takaful le pulak! ish.ish.Kejamnye..

Bagi menjamin masa depan pekebun kecil, kerajaan meluluskan satu Skim Takaful Pekebun Kecil Berkelompok Risda (STPBR) bagi mereka yang masih menerima bantuan tanaman semula Risda.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Hasan Malek berkata perlindungan berbentuk Takaful Khairat Kematian berkelompok akan memberikan pampasan kewangan sekiranya berlaku kemalangan atau sakit yang mengakibatkan kematian.

"Kita sedar mereka ini terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan di kebun getah seperti serangan binatang buas, keadaan fizikal kebun yang curam, jalan yang sempit berliku dan cuaca buruk.

"Maka sebab itulah dianggarkan 85,326 orang pekebun kecil akan dilindungi melalui skim ini di mana mereka merupakan nadi penggerak pembangunan ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Risda dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkaitan program pendidikan dan keusahawanan di sini, Isnin.

Ketengah diwakili Pengerusinya yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said manakala Risda diwakili Pengerusinya, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

MoU ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan melalui perkongsian pengalaman, ilmu, sumber dan aset bagi meningkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan yang lebih baik untuk masyarakat luar bandar khususnya di wilayah Ketengah.

Hasan berkata premium tahunan untuk skim itu berjumlah RM1.62 juta di mana nilai pampasan untuk kematian akibat sebarang sebab pula bernilai RM2,000 dengan bayaran tahunan RM18 seorang setahun atau RM1.50 seorang sebulan.

Bayaran premium akan dibuat melalui wang bantuan tanam semula dan skim takaful berkuat kuasa mulai 16 Dis lalu.

Sementara itu, Rahim berkata di bawah MoU ini, Risda dan Ketengah memperincikanlima kerjasama antaranya bersetuju membangunkan tanah melalui program Tanam Semula Getah ke Getah (TSGG) sepanjang 2013 hingga 2014 yang melibatkan pembangunan tanah getah seluas 181.24 hektar kepada 142 orang pekebun kecil dengan nilai RM1.67 juta.

"Selain itu, bagi skop program pembangunan usahawan pula, Risda dan Ke tengah akan bekerjasama memaju, membantu dan melatih 40 usahawan dalam bidang-bidang kraf tangan seperti kraf daun getah, barangan seramik, barangan rotan. Ini akan memberi nilai tambah kepada mereka," katanya. Rahim juga berkata beberapa siri MoU telah dimeterai sebelum ini yang melibatkan beberapa agensi yang bekerjasama dengan Risda dan syarikat milikan Risda.

"Risda sebelum ini juga telah menandatangani MoU dengan Felda, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Felcra, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi program tanah semula dan pendidikan.

"Kita lihat konsep Strategi Lautan Biru iaitu pendekatan aplikasi secara kreatif dan inovatif dalam melaksanakan dasar kerajaan harus diberi perhatian dan diteruskan kerana ia terbukti membawa impak positif kepada rakyat dan negara," katanya.

Pada tahun ini, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM397.7 juta kepada Risda untuk melaksanakan program tanaman semula dan tanam baru secara keseluruhan 47,310 hektar.

Bagi tahun 2013, Risda menerima peruntukan kerajaan lebih RM432 juta untuk pembangunan tanam semula getah seluas 35,994 hektar. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...