Sunday, 6 January 2013

Sekolah Di Proton City



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah kebangsaan di bandar automotif Proton City di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembinaan sekolah berkapasiti 1,200 pelajar dengan kos RM40 juta yang dijadual bermula tahun depan itu mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk disiapkan.

"Jika perancangan pembangunan Tanjung Malim sebagai bandar automotif diteruskan, ia harus selari dengan pembangunan bandar yang teratur, infrastruktur mencukupi bagi penduduk, khususnya mereka yang tinggal di Tanjung Malim dan Behrang.

"Untuk itu, pengurusan DRB-Hicom dan Proton telah berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk bina sebuah sekolah menengah di sini untuk keperluan anak-anak pekerjanya.

"Sukacita saya maklumkan Kementerian Pelajaran telah menimbang dan bersetuju meluluskan dalam pelan persiapan pembinaan sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini dengan kos RM40 juta,” katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dan makan tengah hari bersama warga kerja Proton di Proton City.

Muhyiddin berkata, pembinaan sekolah itu akan menyelesaikan masalah penduduk dan anak-anak kakitangan Proton untuk meneruskan persekolahan yang mana kini mereka terpaksa berulang alik sejauh 10 kilometer untuk ke sekolah menengah berhampiran di Tanjung Malim. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...