Thursday, 3 January 2013

Agenda Yahudi Yang Patut Anda Lihat



Mahkamah Tinggi Israel membenarkan permohonan kelompok Yahudi Regavim untuk merobohkan masjid-masjid di Palestin.

Malah, anggota tentera itu dikerahkan untuk menghancurkan masjid yang berada di kawasan berbukit juga.

Menurut beberapa sumber rakyat di Palestin memberitahu bahawa Regavim membangkang kedudukan masjid di wilayah Palestin itu sebagai perkara yang menyalahi undang-undang. Struktur bangunan yang menyalahi peraturan menjadi alasan pihak mahkamah untuk membenarkan kumpulan itu bertindak ke atas masjid-masjid.

Rakyat tempatan Palestin cuba menghalang aksi vandalisme itu. Namun ia dibalas melalui laman milik Israel Ynetnews, bahawa tentangan pendudukan Palestin tidak dilayan oleh tentera dan peralatan mereka.

Tentera mereka akan terus memporak-perandakan dalam kawasan masjid semasa proses merobohkan masjid. Laman itu juga dengan terang-terangan mengatakan kitab suci al-Quran telah dipijak-pijak oleh unit tentera mereka apabila memasuki masjid tersebut.

Adakah kita hanya mendengar sahaja tentang penghinaan terhadap agama Islam dan penyeksaan yang berlaku kepada saudara seislam kita yang berada di Palestin?

Bantulah mereka. Hulurkan sumbangan dan bantuan kewangan anda ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau terus menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain di talian 03-51013820.

Setakat petang semalam, Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar Harian sudah mencecah RM158,150.88.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...