Saturday 5 January 2013

Apa Cerita Ni! Jangan Weh! Nanti Masuk Neraka!

Hampir 400 ahli badan bukan kerajaan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini semalam bagi membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan 'menyerahkan' lebih 4,000 hektar tanah kepada dua pemimpin DAP Perak.

Pada masa sama, gabungan NGO yang diketuai bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan turut membantah tindakan Majlis Daerah Tanah Merah mengambil Padang Merdeka untuk membina bangunan komersial.

Perhimpunan itu diadakan selepas gabungan itu membuat laporan polis pada pukul 3 petang.

Menurut Shaari, kedua-dua salinan laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

"Kami kecewa dengan tindakan kerajaan negeri berhubung kedua-dua isu ini. Pengambilan tanah yang dikenali sebagai Padang Merdeka untuk tujuan pembangunan menyebabkan rakyat Tanah Merah tiada tempat untuk beriadah.

Tegasnya, kedua-dua isu tersebut melibatkan harta rakyat dan ia sewenang-wenangnya 'digadai' oleh kerajaan Pas Kelantan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...