Saturday 5 January 2013

Pengarah Pilihan Raya DAP Letak Jawatan



Pooi Weng Keong meletakkan jawatan daripada kedudukan beliau sebagai pengarah pilihan raya DAP berikutan kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Jumaat berkata Pooi juga meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata Pooi mengakui kesilapan beliau dan mengaku bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilaporkan sehingga menyebabkan calon yang berada pada kedudukan 31 hingga 38 dan mereka pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama.

Lim mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa eksekutif pusat parti (CEC) kerana menerima pakai keputusan beliau untuk mengumumkan keputusan yang diperbetulkan walaupun ia memberikan publisiti negatif terhadap parti.

"Kita perlu memberitahu perkara sebenar. Kita tidak akan hidup dalam pembohongan. Parti tidak akan hidup dalam pembohongan. Ini (keputusan yang diperbetulkan) perlu diperjelaskan.

"Kami telah melantik pasukan audit dalaman yang diketuai oleh Dr Ong Kian Ming dan melantik juruaudit bebas luar untuk mengesahkan keputusan," katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP mahu sebuah firma perakaunan untuk mengendalikan pilihan raya parti itu pada masa depan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Pada Jumaat, dilaporkan bahawa Zairil Khir Johari, yang pada mulanya berada dalam kedudukan 39, kini telah berada pada kedudukan ke-20, memperoleh kedudukan terakhir ahli dalam CEC.

Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi, sebenarnya mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20.

Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa dia sebenarnya hanya mendapat 669 undi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...