Thursday, 3 January 2013

Zarina Anjoulie, rakan tidak mengaku miliki dadah



Pelakon dan model kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dan rakannya yang merupakan seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, masing-masing berusia 26 tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nazri Omran.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul yang pernah membintangi drama Anak Pontianak didakwa bersama-sama Mohamad Fakhruzaim memiliki dua biji pil Eramin 5 seberat 0.6 gram di rumah No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam bela, Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan kedua-dua anak guamnya masih belajar di sebuah kolej swasta dan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Nazri kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Kedua-duanya membayar jaminan masing-masing.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...