Wednesday, 2 January 2013

MUSIM SIBUK NAK MASUK TV


Sejak kebelakangan ini teman tengok pemimpin-pemimpin Pakatan kecoh-kecoh nak masuk TV. Sibuk nak gunakan saluran RTM dan media prima untuk jelaskan isu-isu yang dah melambak di akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat. Akhbar online pro Pakatan pun melambak web TV, guna ajalah! Apa nak bising-bising. 

Satu ketika media arus perdana diandaikan tak berapa laku, berunsur fitnah dan menuduh membabi buta. Pernah dihalang untuk membuat liputan-liputan majlis-majlis Pakatan. Tak ke kesian. Paling teman kesian, berkobar-kobar pulak semangat pemimpin-pemimpin Pakatan nak masuk TV media arus perdana jugak waima macamana pun. Sampai merayu-rayu walaupun 1 jam sekalipun, jadi lah! Kalau dah muka tak malu!

Maka, pencacai-pencacai digunakan oleh melobi mengandaikan Kerajaan BN kejam dan zalim dengan alasan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin deme masuk TV. Kerajaan BN sendiri dah benarkan dan banyak pulak alasan untuk mengelak. Teman rasa tak usah dilayan kerenah-kerenah pemimpin jenis putar alam ni. Saje cari pasal. Saje nak mengumpan. Sebenarnya deme tak heran pun nak masuk TV ni. Saje nak cari isu nak salahkan Kerajaan BN. Bo layan je!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...