Wednesday 2 January 2013

GEMPAK ! SATU LAGI AMANAT HAJI HADI



Jika beliau benar-benar serius, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh membuat penjelasan mengenai amanatnya yang menjadi kontroversi sejak lebih 30 tahun lalu itu melalui media lain, bukan menerusi RTM dan TV3.

Dengan cuba mendapatkan ruang sejam di RTM dan TV3 untuk menjelaskan isu itu secara langsung menimbulkan anggapan bahawa beliau hanya mahu mengguna kesempatan tersebut untuk kepentingan diri dan parti semata-mata.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebenarnya ada banyak lagi media sosial yang boleh Abdul Hadi gunakan untuk menjelaskan isu itu.

Beliau berkata, Abdul Hadi boleh menjelaskan dalam akhbar atau portal online seperti Sinar Harian, Harakah Daily, Malaysiakini dan The Malaysian Insider, antara lain.

“Saya tidak bersetuju (penjelasan secara langsung melalui RTM dan TV3) kerana ia mungkin disalahertikan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Penjelasan seperti itu, katanya, mungkin dianggap bukan jawapan daripada ulama yang prihatin mengenai isu serius seperti Amanat Haji Hadi itu. (Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...