Wednesday, 2 January 2013

Isu kalimah Allah: Cubaan melemahkan Islam



KUALA LUMPUR 1 Jan. - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berpendapat, tindakan tersebut seperti ada agenda tersirat kerana isu itu telah diselesaikan sebelum ini dan tidak sewajarnya dibangkitkan semula.

"Isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sehubungan itu kenyataan Guan Eng perlu dipersoalkan kerana jelas cuba mencabar keputusan Majlis Fatwa.

"Tindakan biadab Guan Eng ini seperti cuba mencairkan identiti dan agama Islam secara terus. Tiada keperluan untuknya mencampuri urusan kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. (UTUSAN)

1 comment:

  1. Kita semua sibuk dengan isu ini, tapi ramai diantara kita yang tidak dapat membahaskannya secara tepat selain dari menyatakan ianya berdasarkan "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan". Sedangkan dari kecil kita telah diajar membaca dua surah penting dalam Al-Quran i.e. Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun.

    Surah Al-Ikhlas menegaskan demikian:

    Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

    Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

    Surah ini dengan jelas menolak fahaman kristian tentang konsep triniti i.e. Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus. Serta Allah SWT itu tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun.

    Surah Al Kafirun pula menegas seperti berikut:

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
    Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
    Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.

    Surah ini menegaskan perbezaan yang nyata tentang Islam dan agama oran-orang kafir.

    Jadi kalau ada rakan-rakan bukan Islam bertanya tentang ini, tunjukan kepada mereka 2 surah ini. Al Quran bukan macam bible yang banyak versi. Al Quran itu terpelihara dari dahulu hingga akhir zaman dan isi kandungannya tak boleh diubah dan ditafsir sesuka hati.

    Kalau mereka kata kenapa di Indonesia boleh, suruh dia orang duduk kat Indonesia dan bukan disini. Kerana undang-undang negara ini telah termaktub dimana Islam itu sebagai agama rasmi negara. Jadi kalau nak ikut undang-undang lain, elok berpindah ke negara lain. Ibarat duduk di Malaysia tapi nak ikut undang-undang Singapore, mana boleh. Jangan nak samakan negara ini dengan negara lain.



    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...