Thursday, 3 January 2013

DEDAH: NGO Penggerang Anti Rapid Kantoi Menipu


Ini satu lagi edisi kantoi Pakatan Rakyat. Sudah sememangnya Pakatan Rakyat suka menipu dan memutarkan fakta. Cerita sebenarnya cuba disembunyikan. Tabiat buruk deme ni memang meloyakan!wek.wek! Penipu dan putar alam termasuklah NGO-NGO yang bertopengkan aktivis alam sekitar dan segala bagai mak bapak deme letak nama. Macam teman pernah ceritakan sebelum ini, lakonan NGO-NGO ini memang menjelekkan.

Terbaru, tindakan Gabungan NGO Pengerang yang anti RAPID buat cerita kononnya tiga individu yang ditemui mati bunuh diri di Kampung Jawa Pengerang Selasa lalu akibat membantah pengambilan tanah untuk projek hab minyak dan gas yang dirancang kerajaan tidak dapat diterima oleh ahli keluarga si mati. Kenyataan bodoh NGO pembangkang itu antara lain mendakwa, antara sebab keluarga tersebut bunuh diri adalah pampasan rendah yang ditawarkan kerajaan ke atas tanah dan rumah mangsa.

Menurut adik si mati, Pang Mao Fong kematian keluarga abangnya tidak ada kena mengena dengan pengambilan tanah yang di kampung tersebut kerana proses itu belumpun bermula.

"Abang saya tidak bunuh diri sebab wang, dia tidak pernah bersungut mengenainya,"

Sebaliknya, beliau percaya abangnya yang berusia 62 tahun, yang uzur, tidak mampu lagi menanggung beban menjaga isteri yang lumpuh akibat strok sejak enam tahun lalu dan anak lelaki berusia 20-an yang mengidap 'sindrom down'. Pihak polis pun memberitahu kematian mangsa akibat tertekan beban kehidupan untuk mengurus isteri yang telah uzur serta anak yang cacat. Hah! Kan dah kantoi. Puak-puak Pakatan Rakyat ni memang berniat jahat untuk memburuk-burukkan kerajaan. Sengaja mencari isu supaya kerajaan yang sah yang dipilih oleh majoriti ditumbangkan dengan cara kekerasan. Lagu meluat la teman!ptuiii!!!..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...