Friday 16 November 2012

Ustaz Popular Naik Angin

Teman terbaca di Harian Metro hari ini, terkejut juga teman bila seorang Ustaz yang pernah popular satu rancangan realiti TV berkonsepkan agama buat perangai yang tak sepatutnya.

Boleh main ugut-ugut ibu mertua dengan SMS yang tidak sepatutnya yang dibuat oleh seorang bergelar Ustaz.  Menurut berita, beliau dikatakan mempunyai hubungan dengan 3 wanita.Wehhhh! Apa ke hal!..Kemudian minta pula gantirugi RM140, 000 pada keluarga ibu mentua.ada akal ke tak dia ni! Bawak mengucap weh!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
-

Mansor Lari Dari DUN Penanti

Teman pn naik heran..Tiba-tiba je Mansor TKM Pulau Pinang jadi calon Parlimen Nibong Tebal.  Kawasan kecik pun tak boleh nak jaga, apatah lagi saru kawasan Parlimen yang besar.

Mansor ni dengo khabarnya tak buat kerja pun di Penanti.  Asyik nak mengampu Anwar dan Tokong Lim Guan Eng.  Nampak gayanya Anwar cari jalan selamat untuk menjaga hati Guan Eng.  Cara jalan mudah letakkan Mansor bertanding Parlimen.  Ada hati nak lawan Dato Non Panjang..haha..boleh menang ke?..

Published with Blogger-droid v2.0.9
-

Thursday 15 November 2012

Apabila Ular Cuba Membelit Monyet, Derek Fernadez Mati Tercekik



Derek Fernandez nafikan beliau buat kenyataan mengibaratkan penjawat awam sebagai monyet.  Teman ghase si Derek ni macam ular.  Suka membelit.  Dia dah tersilap belit, jadi macam Nurul Izzah.  Teman boleh jadi terbelit gak..

SHAH ALAM – Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek Fernandez menafikan beliau ada membuat kenyataan mengibaratkan penjawat awam sebagai "monyet" dan sedia memberi penjelasan kepada Cuepacs berhubung perkara tersebut.

Fernandez berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang memfitnah dan memutar belit kenyataannya.

“Saya sedia berjumpa dengan Cuepacs  untuk menjelaskan pekara ini.

“Jika kenyataan saya atau maksudnya disalahertikan, dipusing  dan akibatnya menyinggung sesiapa sahaja, saya minta maaf  tetapi saya langsung tidak  bermaksud demikian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, media melaporkan Fernandes didakwa membuat kenyataan yang mengibaratkan penjawat awam sebagai "monyet" sebagai mengulas isu pemindahan Datuk Bandar Petaling Jaya baru-baru ini.

Berikutan itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.

"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)... kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.

"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas... kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai monyet," katanya.

Fernandez berkata, beliau langsung tidak pernah menyatakan perkara itu seperti yang didakwa oleh Cuepacs.

“Ini kenyataan salah. Sebaliknya, saya mempertahankan  hak seorang pegawai kerajaan, Datuk  Mohamad Roslan Sakiman yang diberi notis pindah 24 jam tanpa  alasan munasabah dan tanpa kenaikan jawatan. 

“Ini memberi gambaran tidak baik terhadap beliau (Roslan) seolah-olah beliau telah melakukan kesalahan. Saya harap Cuepacs juga akan mengambil kes Datuk Bandar sebagai satu iktibar  dan terus mempertahankan hak dan maruah pegawai dan kakitangan kerajaan,” katanya.

Tambah Fernandes, sekiranya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memindahkan Datuk Bandar, jabatan itu harus mendapat persetujuaan daripada kerajaan negeri.

Katanya, orang  yang dipilih  sebagai Datuk Bandar mestilah jujur, ikhlas  dan berkebolehan menjalankan tugas memandangkan Petaling Jaya merupakan sebuah bandar raya yang dinamik, progesif dan mencabar.

“Kita tidak mahu seorang  yang tidak  jujur, tidak amanah dan yang tidak boleh memimpin.

“Saya telah berkali-kali mempertahkan hak pegawai kerajaan daripada salah pecat jawatan dan salah tuduh. Contohnya ialah kes rumah kos rendah di mana pegawai kerajaan MBPJ di salah tuduh membeli rumah kos rendah,” jelasnya lagi.

Teman Kutip di Sinar Harian
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...