Tuesday 1 January 2013

Terengganu, Pahang Hadapi Ancaman Banjir Gelombang Kedua



KUALA LUMPUR: Belum pun reda banjir gelombang pertama, kini dua negeri Pantai Timur kembali dilanda banjir gelombang kedua sehingga menyebabkan lebih 900 penduduk terpaksa dipindahkan.

Di TERENGGANU, 800 mangsa dipindahkan setakat 6 petang Isnin dengan tiga daerah iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun membuka kembali pusat pemindahan banjir kerana beberapa kawasan dinaiki air susulan air pasang dan hujan lebat sejak pagi.

Menurut portal banjir negeri, lima pusat pemindahan di Hulu Terengganu menempatkan 599 mangsa, manakala 162 berada di dua pusat di Kemaman dan 39 di satu pusat pemindahan di Dungun.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata pada keseluruhannya paras air di bebeapa sungai utama di Terengganu sedang meningkat berikutan hujan lebat.

Berikutan itu, penduduk yang tinggal berdekatan sungai dinasihatkan supaya kembali berwaspada dengan keadaan banjir. Di PAHANG, gelombang kedua banjir menyebabkan 152 mangsa dipindahkan ke tigapusat pemindahan di sekitar Kuantan akibat banjir selepas hujan tidak berhenti sejak malam semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, manakala sembilan mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular.

Seramai 45 mangsa dari Kampung Seberang Balok kini berada di Dewan Orang Ramai Balok.

Dua laluan terpaksa ditutup iaitu di Kilometer (KM) 24 Bukit Penggorak-Cherating dan KM18 Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng).

Di KELANTAN, hujan lebat yang melanda Kelantan sejak malam tadi menyebabkan beberapa batang sungai utama mula meningkat namun masih berada di parasberjaga-jaga.

Keadaan cuaca di Kelantan ketika ini mendung dengan sesekali hujan lebat.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, kesemua 25 mangsa daripada lima keluarga di pusat pemindahan SK Pengkalan Kubur 2, Tumpat telah dibenarkan pulang. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...