Thursday, 3 January 2013

BREAKING NEWS: Ngeh Saman Semua Blogger dan Rakyat Malaysia


Wah! Ini sudah hot ma!  Saman kasi saman. Boleh lagi kaya ma! NGEHJAYA, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Blogger Pisau.net, Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid  dan Akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung isu pemberian tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan. Menurut Ngeh, beliau juga akan mengambil tindakan yang sama  terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 selepas ini dan ini akan disusuli pihak-pihak lain yang turut menyiarkan laporan berhubung isu itu.

Weh! Kenapa tak saman je semua rakyat Malaysia. Saman semua sekali. Ada lebih kurang 28 juta penduduk Malaysia, kan senang. Boleh cepat kaya. Isu tanah yang mike dapat tu dah berlambak kat blog-blog, facebook, twitter dan apa ntah lagi. Berjuta orang  yang posting, share dan baca. Hah!

Nama kedua-dua pemimpin tertinggi DAP negeri Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming tertulis dalam pendaftaran syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik kepada tanah tersebut yang terletak di Kelantan. Itu apa cerita. Kalau dah salah, lagi mau saman ka? Adoii! Sakit kepala la apek oiii! Itulah Pakatan Rakyat, kalau deme ni yang salah, saman aje la modal deme ni. Suka lu la apek oii!, 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...