Showing posts with label Politik PAS Hj Hadi Awang Amanat. Show all posts
Showing posts with label Politik PAS Hj Hadi Awang Amanat. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Sudah Tukar Ka?


Teman nak menyusun balik keratan Amanat Haji Hadi 1981 dan Amanat 2013. Kome baca dan buatlah penilaian bagaimana PAS yang bermain-main dengan kata-kata bagi mengaburi mata rakyat.

Amanat 1981

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerjaaan
Kita menentang dia ialah keranan dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah
Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan mereka

Amanat 2013

Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO
Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerjaaan
Kita menentang dia ialah keranan dia tak nak pendidikan percuma, mengekalkan tol, tidak menurunkan harga minya dan kereta, tidak turunkan tarif elektrik dan telefon
Mereka juga tidak memberikan wifi percuma serta tidak menaikkan gaji minima

Oleh kerana itulah kita menentang mereka
Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka
Oleh itulah kita cuba berlawan mereka

Macam-macam la berubah-ubah ikut selera mak bapak deme je..heee..

-

Hadi Awang Minta 1 Hari Di TV, Lagi Gila?

Teman rasa banyak kerosakan yang telah berlaku akibat Amanat Haji Hadi sejak sekian lama.  Berbagai-bagai kisah duka yang telah dialami oleh pengikut-pengikut totok PAS hingga menyebabkan kafir mengkafir hinggalah perpecahan rumahtangga. Apa yang menyedihkan perpecahan umat Islam menjadi barah yang berjangkit hingga ke hari ini.

Adakah sekadar 1 jam ke udara di TV Hadi Awang boleh menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia boleh menyelesaikan kerosakan yang telah berlaku sejak bermulanya Amanat tersebut. Ketaksuban kepada amanat tersebut hinggalah boleh menyesatkan umat Islam. Teman tak fikir boleh diselesaikan dan dirungkaikan hanya dengan 1 jam waima 1 hari pun.
-

PANAS: HADI AWANG HINA GURU DAN PENDIDIK



Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan taraf pendidikan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seharusnya berterima kasih dan tidak merendah-rendahkan pekerjaan Zainon sebagai bekas guru sekolah rendah.

Tegasnya, kejayaan Abdul Hadi sebagai pemimpin juga bertitik-tolak daripada pengorbanan dan usaha guru-guru sekolah rendah yang mengajar beliau asas pendidikan membaca dan mengira.

"Abdul Hadi tidak boleh berbuat demikian (memperlekeh), orang yang menghina guru adalah orang yang lupa pada asal-usul serta tidak bertanggungjawab.

"Walaupun Zainon hanya bekas guru sekolah rendah, namun tempoh pengajaran dan pengalamannya amat berguna serta tidak boleh dibeli di mana-mana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini memperlekehkan kewibawaan Zainon atau lebih dikenali sebagai C.N. al-Afghani hanya kerana penulis buku Kafirkah Aku? ini seorang guru sekolah rendah.

Tambah Hashim, Abdul Hadi perlu sedar dan muhasabah diri kerana dilihat telah terpesong ke arah sifat angkuh serta sombong.

Mengulas isu yang sama, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata, kecemerlangan seseorang di peringkat sekolah menengah hingga ke universiti adalah bermula dengan asas pendidikan yang diperolehi di sekolah rendah.

Tambahnya lagi, pengorbanan guru-guru di sekolah rendah dalam membentuk serta mencorakkan peribadi dan pendidikan murid termasuk Abdul Hadi sewajarnya dihargai.

"Kenapa perlu buat kenyataan begitu. Beliau perlu sedar kejayaan sebagai seorang pemimpin sekarang adalah berkat dan pengorbanan guru termasuk guru di sekolah rendah.

"Abdul Hadi tidak boleh mempertikaikan taraf pendidikan seseorang dengan kritikan yang diterima. Kemungkinan pandangan itu berdasarkan pengalaman yang lama dalam pendidikan walaupun hanya di peringkat sekolah rendah," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, tindakan tersebut tidak langsung mencerminkan kepemimpinan Islam.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar bahawa kadang-kala pandangan orang bawahan itu lebih benar dan rasional untuk diguna pakai.

"Setiap insan mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak sepatutnya beliau memandang rendah kepada individu lain.

"Kadang-kadang orang bawah memberi pandangan yang lebih baik dan apa yang dikatakan adalah benar daripada individu yang menggelarkan diri seorang pemimpin," katanya. (UTUSAN)
-

Thursday, 3 January 2013

Hadi Awang Hanya Islam di Serban dan Jubah, Pembelit Mengalahkan Dajjal


Cakap pembelit yang mendakwa seorang pemimpin Islam. Hanya dia yang boleh, orang tak boleh. Kalau sebelum ni berbuih-buih mulut deme kutuk media arus perdana memfitnah dan segala bagai, Tindakan memboikot dan entah apa lagi. Lain kali kalau nak meludah, ludah la kat jamban atau kat longkang. Ini tak, meludah merata-rata, kan dah kena jilat balik.

Teman rasa elok juga bagi peluang Hadi Awang masuk TV. Tapi minta Hadi Awang bagi jawapan isu penyelewengan Wang Tabung Memali yang didakwa oleh Cikgu Non. Tak pun minta jelaskan secara terperinci laporan audit kutipan duit TIN MILO PAS. Ada bran?

-

Wednesday, 2 January 2013

GEMPAK ! SATU LAGI AMANAT HAJI HADI



Jika beliau benar-benar serius, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh membuat penjelasan mengenai amanatnya yang menjadi kontroversi sejak lebih 30 tahun lalu itu melalui media lain, bukan menerusi RTM dan TV3.

Dengan cuba mendapatkan ruang sejam di RTM dan TV3 untuk menjelaskan isu itu secara langsung menimbulkan anggapan bahawa beliau hanya mahu mengguna kesempatan tersebut untuk kepentingan diri dan parti semata-mata.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebenarnya ada banyak lagi media sosial yang boleh Abdul Hadi gunakan untuk menjelaskan isu itu.

Beliau berkata, Abdul Hadi boleh menjelaskan dalam akhbar atau portal online seperti Sinar Harian, Harakah Daily, Malaysiakini dan The Malaysian Insider, antara lain.

“Saya tidak bersetuju (penjelasan secara langsung melalui RTM dan TV3) kerana ia mungkin disalahertikan oleh sesetengah pihak,” katanya.

Penjelasan seperti itu, katanya, mungkin dianggap bukan jawapan daripada ulama yang prihatin mengenai isu serius seperti Amanat Haji Hadi itu. (Sinar Harian)
-

Weh! Siapa Minum Air Kencing Guan Eng?


Meluat la! Asyik-asyik nak ugut! asyik-asyik nak ugut! Itu la kerja pencacai Pakatan ni. Kalau Kerajaan nak ambil tindakan keatas pemimpin-pemimpin Pakatan, siap ugut nak demo, nak merusuh. Malaysia ni ada undang-undang. Kalau ada undang-undang, adalah mahkamah. Biarlah mahkamah tentukan betul atau salah. Kome jangan la jadi macai bodoh tuli ikut perangai tak elok yang tak hormatkan undang-undang. Kalau tak ada undang-undang, huru hara lah negara. Malaysia yang yang ada undang-undang pun kome buat huru hara, apatah lagi kalau tak ada langsung undang-undang.

Selalunya orang yang salah takut nak pergi mahkamah, sebab takut terkantoi kesalahan dia. Bagi nak mengelakkan terkantoi, deme guna lah bala-bala tentera yang didakwa mewakili rakyat berdemo dan merusuh. Lepas tu dakwa kerajaan BN Zalim, Kerajaan BN Kejam. Pakai otak la sikit weh! Ada otak letak kat lutut, itu la jadinya. Kalau dah minum air kencing Guan Eng, begini la jadinya, tak nampak jalan pulang.

Tapi teman nak tanya la jugak, sejauhmana kome berdemo tu yang didakwa mewakili rakyat Malaysia yang tak kurang lebih 28 juta. Bagi tau kat teman.
-

TERKEDU LAGI LA HADI AWANG, MUFTI PERAK HENTAM BALIK


Kecoh sungguh cerita nak masuk TV. Isu Amanat Hj Hadi dah jadi kedepan dan kebelakang. Hadi Awang nak masuk TV jugak, Nik Aziz pun nak masuk TV jugak, habis semua pemimpin PAS nak masuk TV yang deme kata tak boleh dipercayai ni, tabur fitnah dan memusingkan fakta. Deme yang kutuk-kutuk lepas itu jilat la balik. ish!ish! 

Perkembangan terbaru Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti  tidak setuju dengan cadangan forum yang bertujuan memberi peluang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperjelaskan amanat mengkafirkan UMNO kerana bimbang ia menjadi wadah memenuhi kepentingan peribadi dan politik kepartian pihak tertentu. 

Teman yakin lepas ini ada lah puak-puak PAS yang akan marahkan Mufti-Mufti ini pulak. Tambahan pulak keengganan Mufti Perak menjadi ahli forum itu nanti. “Benda sudah salah tidak perlu ada forum. Saya cuma nak nasihatkan beliau bertaubat dan menarik balik amanat itu. Tak ada faedah pun forum itu diadakan. “Saya tidak akan hadir... buat apa hendak menegakkan benang basah. Saya bukan mencari siapa salah, siapa betul. Saya kata perbuatan itu salah, habis cerita... kalau dia kata tak salah, dia punya pasal,”

Memang dah salah pun. Tak payah la nak tegakkan benang basah. Hadi Awang saje cari pasal nak guna media kerajaan hentam balik kerajaan. Hadi Awang nak cari populariti sebab imej PAs sudah banyak tercalar dengan isu-isu yang deme buat sendiri. Itu sahaja. Bukannya nak perjelaskan isu amanat sebenarnya. Main wayang bawah pokok. Teman nak tengok apa kata pencacai-pencacai PAS nanti. Mesti teruk Mufti Perak kena maki hamun dan dicerca. Biasa la puak-puak pakatan, kalau tak maki-maki ni bukan Pakatan Rakyat namanya.heee..
-

KALAU MACAM NI, HADI AWANG NAK KATA APA?


Jenuh lah PAS main-main pusing dan putar alam. Dah main terbalik kot. Puh kiri puh kanan. Amanat Hj Hadi tak pernah kafirkan UMNO. Kemudian pusing lagi, Puh depan, puh belakang. UMNO pusingkan fakta. Kemudian pusing lagi dan lagi, Puh atas, puh bawah, media UMNO fitnah dan putar belit. Kemudian puh le tang mana-mana pun sampai terlondeh lah seluar Anwar China Doll. Perut buncit cuma menyerupai sahaja, media UMNO buat helah. Akhirnya terlondeh semua seluar Nik Aziz dan Hadi Awang hingga menjilat bontot Guan Eng.

Yang ini Hadi Awang nak kata apa?


Abdul Rashid Abdul Wahab, 65, sanggup melakukan apa sahaja ketika itu sehingga tergamak mengkafirkan arwah ayahnya sendiri semata-mata berpegang kepada Amanat Haji Hadi dengan harapan orang tuanya kelak akan bersama dengan Pas.

''Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah. Air matanya bergenang.

''Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini," ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini.

Abdul Rashid yang dianggap salah seorang 'hulubalang' Pas di negeri ini menjelaskan jiwanya menjadi keras dengan semangat berkobar-kobar untuk berjihad bagi memenangkan parti itu setelah diyakinkan dengan semangat perjuangan syiah Iran dan Mujahidin Aghanistan. UTUSAN
-

MUSIM SIBUK NAK MASUK TV


Sejak kebelakangan ini teman tengok pemimpin-pemimpin Pakatan kecoh-kecoh nak masuk TV. Sibuk nak gunakan saluran RTM dan media prima untuk jelaskan isu-isu yang dah melambak di akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat. Akhbar online pro Pakatan pun melambak web TV, guna ajalah! Apa nak bising-bising. 

Satu ketika media arus perdana diandaikan tak berapa laku, berunsur fitnah dan menuduh membabi buta. Pernah dihalang untuk membuat liputan-liputan majlis-majlis Pakatan. Tak ke kesian. Paling teman kesian, berkobar-kobar pulak semangat pemimpin-pemimpin Pakatan nak masuk TV media arus perdana jugak waima macamana pun. Sampai merayu-rayu walaupun 1 jam sekalipun, jadi lah! Kalau dah muka tak malu!

Maka, pencacai-pencacai digunakan oleh melobi mengandaikan Kerajaan BN kejam dan zalim dengan alasan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin deme masuk TV. Kerajaan BN sendiri dah benarkan dan banyak pulak alasan untuk mengelak. Teman rasa tak usah dilayan kerenah-kerenah pemimpin jenis putar alam ni. Saje cari pasal. Saje nak mengumpan. Sebenarnya deme tak heran pun nak masuk TV ni. Saje nak cari isu nak salahkan Kerajaan BN. Bo layan je!
-

Tuesday, 1 January 2013

HADI AWANG DAN NIK AZIZ DUA-DUA KAKI PUTAR BELIT


Teman dah agak aih! Mesti ada putar belit dari Hadi Awang dan Nik Aziz. Sekejap kata begini, sekejap kata begitu. Saje suka-suka la kot. Nik Aziz kat dia pun layak masuk TV. Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata, beliau juga layak untuk bercakap menerusi media elektronik bagi memberi penjelasan tentang perjuangan Pas. Ye la tuh! Baru je mike cakap "Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan," Lepas tu nak minta media perdana kerajaan bagi mike masuk TV pulak. ish.ish. Kutuk-kutuk jugak tapi pada masa yang sama mintak sedekah pulak kata kerajaan BN. Orang macam ni kome boleh percaya. Ini satu lagi..

Hadi Awang pulak sama pusing lagi konar-konar macam Anwar China Doll. Dah Rais Yatim bagi, ambik je la. Dah bagi syarat-syrata segala bagai. Saje cari pasal nak salahkan UMNO la tu. Banyak songeh le pulak. "Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan juga TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada kementerian untuk tentukan, tapi secara live (secara langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia (kerajaan) mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran. "Boleh, boleh... (dialog bersama individu lain) tapi satu jam masa perlu diberikan. Syarat dia live,"


Kalau rasa-rasa tak percaya pada media perdana Kerajaan BN, tak payah mintak sedekah masuk TV Kerajaan BN. Alasan kome tak ada lain, hak rakyat. Itu le modal yang ada pada kome. Tak habis-habis nak menipu! Buat je live kat Haramkah Daily kome tu! Kenapa tak nak pakai, tak laku dah ke sebab asyik menipu je kerjanya. Tak pun mintak kat The Rocketeers atau Serak Keadilan. Nak best lagi kat Meloyakini, confirm dia spin Kalimah Allah boleh digunakan oleh Kristian. Lagipun bukan ke DAP pandai buat filem pendek bab-bab fitnah ni. Minta tolong la kat Guan Eng. Tokong PAS tu, Amirul Mukminin PAS yang hebat jadi Khalifah segala badak-badak sumbu PAS. Apa la.Muka tak malu!ptuiii!!!
-

NIK AZIZ MELOMPAT KATAK APASAL!



Eh!eh! Kenapa tiba-tiba pulak Nik Aziz ni melenting tak tentu pasal. Kenapa marah sangat-sangat. Cuba bawak mengucap, ni tak melompat tak tentu pasal. Setahu teman, Rais Yatim dah bagi green light untuk Hadi Awang masuk TV. Kalau Nik Aziz nak join sekali pun tak apa. Sekali ada Mufti-Mufti sekali, berdebat la kome puas-puas. Siapa pulak yang kata nak halang ni. 

Sinar Harian dipetik, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap sesetengah pihak yang cuba menghalang hasrat Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menjelaskan isu amanatnya menerusi televisyen. Nik Aziz menyifatkan individu terbabit jahil dan dalam masa sama beliau menegaskan supaya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara itu sebagaimana digembar-gemburkan kebelakangan ini.

"Ini berbelit-belit dan asyik membidas sahaja. Umno ni mengarut. Kenapa orang Umno yang Islam tidak menerima Islam. Ini kerana orang Islam tolak Islam dan ambil kebangsaan. Menjadi perpecahan,"

Tiba-tiba muncul pulak UMNO tak terima Islam dan tolak Islam. eh!Eh! Apasal berbelit-belit ni. Kalau dah tak nak, tak payah salahkan orang lain. Itu la rupanya PAS, asyik-asyik nak salahkan UMNO. Tak ada lain tapi Gua Eng tuntut Kalimah Allah guna dalam Bible Versi Bahasa Melayu, Nik Aziz diam la pulak. Bersuara la kalau anak jantan.ptuiii!!
-

HADI AWANG NAK MASUK RTM JUGAK,NAK JUGAK,WAWAWAWA


Hahahahahaha..Kisah nak masuk dah melalut-lalut la. Sampai hari ini sejak Rais Yatim tawar Hadi Awang masuk TV, tak ada jawapan pun. Tak berani la tu. Macam-macam la pencacai tolong jawab bagai pihak Hadi Awang. Tiba-tiba Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya yang kembali jadi kontroversi sejak beberapa minggu lalu.

Penerbit Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, 
"Jika beliau mahukan siaran langsung, kita boleh sediakan ruang menerusi siaran Sinar TV di www.sinarharian.com.my. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan.

"Demi agama, bangsa dan negara, kita buka peluang seluas-luasnya kepada Datuk Seri Abdul Hadi untuk menjelaskan pendiriannya berhubung isu tersebut," 

Itu pun masuk TV jugak. Tapi teman rasa Hadi Awang nak masuk TV1 dan TV3. Dia dah sebut. Teringin la tu, maklumlah tak pernah masuk TV. Ala..TV yang PAS kata besi buruk yang suka tabur fitnah tu. heee..
-

Monday, 31 December 2012

HADI AWANG AKAN MUNCUL DI RTM


Hah! Rais Yatim dah nak beri peluang muncul kat TV tu! Apa pulak Hadi Awang nak spin. Apa pulak pencacai-pencacai Pakatan Rakyat nak spin lepas ni. Mesti ada yang nak pusing konar baring. mStar Online dipetik, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.


Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," 

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan,"


Peluang dah terbuka luas. Hanya persetujuan Hadi Awang saje yang ditunggu. Rupanya Hadi Awang tak buat pun permohonan rasmi lagi. Pandai melalak je kat Haramkah Daily. Hah! cabaran sudah disahut, Ada bran?
-

HOT: MADAH BERHELAH HADI AWANG



Banyak sangat la helah Hadi Awang ni. Bila dah terkantoi dengan Amanat sendiri, macam-macam cara Hadi Awang nak cari salah orang lain. Inilah sikap PAS yang sentiasa mencari kesalahan orang lain tapi kesalahan sendiri buat-buat nak tegakkan benang basah. 

Tokoh agama menempelak sikap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan syarat jika mahu beliau memberi penjelasan berhubung amanatnya mengkafirkan UMNO yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu. 

Malah ada yang tidak bersetuju Hadi diberi peluang membuat penjelasan menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan kerana boleh mengundang polemik berterusan dan memberi kesan lebih buruk terhadap perpaduan umat Islam. 
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tidak perlu ada syarat, yang salah tetap salah, benda sudah terang dan jelas, mengharamkan sembelihan orang yang mengucap dua kalimah syahadah adalah salah. 

Malah orang Islam yang sudah mengucap dua kalimah syahadah tetapi tidak membaca Bismillah pun sembelihannya sah, kenapa nak kata yang halal itu haram... mengharamkan yang halal boleh menjadi kafir, katanya kepada BH.

Harussani berkata, sifat utama seorang ulama ialah tawaduk dan tidak takbur dengan ilmu dimiliki serta tidak mengeluarkan hukum kerana sesuatu yang lain selain Allah. 


-

Sunday, 30 December 2012

Desak Hadi Tarik Balik Amanat, Mesti Tak Nak Punya



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Terengganu hari ini menyerahkan memorandum meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Memorandum itu diserahkan kepada Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah pada kira-kira 11 pagi ini di Pejabat PAS Negeri Terengganu di sini.

Ketua Wira Perkasa Terengganu Ahmad Suhaimi Rafii berkata, memorandum itu antara lain mendesak Abdul Hadi memohon maaf dan menarik balik amanah itu yang didakwa telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.

"Kami mendesak agar Datuk Seri menarik balik amanat yang telah dikeluarkan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini di atas segala perkara yang terjadi akibat amanat tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu. - BERNAMA

-

SURAT MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN MENGENAI AMANAT HJ HADI



Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1).   Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
        (UMNO- Barisan Nasional)

2).   Haram dimakan daging binatang sembelihan orang  
       Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
       sembelihannya.

3).  Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
      (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
      (UMNO- Barisan Nasional).

4).  Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
       (UMNO- Barisan Nasional).

5).  Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
      Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6).  Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan  
      (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
       boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
       mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
       orang Pas.

8).  Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
      sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
      tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :-

1).  Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
       Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2).  Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
      Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3).  Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik -  
      Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4).  Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
      383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
       Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6).  Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
       Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7).  Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
       Iman Besat Masjid Muhammadi.

8).  Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
      Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan   
      (JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa  yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
 b/p Yang Dipertua.

Di Pejabat Agama Islam Kelantan, Kota Baru, pada 15 Jamadil Akhir 1401.
-

PAS MERABAN LAGI SEBAB NAK MASUK TV


Teman tak tau la apa nak jadi dengan PAS ni. Asyik meraban tak tentu hala. Sebab nak masuk TV pun nak kecoh-kecoh. Weh! Kome bagi le deme masuk TV ni. Dah nak nangis tu! Buruk la kalau orang tua-tua ni nangis. Tapi kan..ari tu PAS cakap TV1, TV3 dan sewaktu dengannya, besi buruk dan tak boleh dipercayai, penipu le dan segala bagai. Lepas tu nak minta masuk pulak. Tak kan pelik tu!ish.ish

Terbaru, PAS memetik di Sinar Harian, Pas Pusat berharap kerajaan akan membuka laluan bagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana selepas diserang berminggu-minggu berhubung isu Amanat Haji Hadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan.

Teman tak kisah apa deme nak kata. Dulu deme kata Cybertrooper deme yang terkuat. Cybertrooper deme la yang terhebat. Weh! Mana Cybertropper kome yang kome bayar mahal-mahal tu? Dah tak reti nak spin ke? Tak pun dah terkedu tak reti nak spin. Ye le. Dah cerita betul. Amanat Hj Hadi tu memang kafirkan UMNO dan sesama Islam. Mana boleh nak spin pun. heeee.
-

HAJAT HJ HADI TERTUNAI, LOMPAT SAKAN



Weh! Rais Yatim dah bagi green light. Apa lagi, hajat Hj Hadi teringin nak masuk TV yang didakwa media kerajaan BN. Tapi kena buat rakaman dulu ye weh! TV1 bukan nye Haramkah Daily atau Meloyakini yang kome boleh suka-suka mak bapak kome hentam kerajaan BN zalim dan entah apa lagi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya tiada masalah untuk menyiarkan penjelasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu Amanat Haji Hadi.

Bagaimanapun kata beliau, ia boleh dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada ia sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
"Kita minta Datuk Seri Hadi beritahu lokasi penjelasan itu hendak dibuat rakaman.

"RTM boleh buat liputan dan sekiranya kandungan berita itu sesuai, kita akan tayangkan di TV," kata beliau kepada pemberita ketika menyaksikan persiapan dan raptai Majlis Rumah Terbuka Krismas 2012 dan sambutan Tahun Baharu 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Pagi tadi di Marang,  Hadi berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Pemimpin tertinggi Pas itu berkata, jika diberi peluang itu, beliau akan menjelaskan segalanya berkaitan amanat beliau mengkafirkan Umno supaya masyarakat dapat menilainya.
   
Pada masa sama, Hadi berkata,  beliau juga bersedia memberi penjelasan secara bertulis mengenai pendiriannya itu berkaitan amanat yang dicetuskan sejak lebih 30 tahun lepas.

Mengulas lanjut hasrat Hadi itu, Rais  berpandangan kenyataan yang dibuat pemimpin Pas itu pada 1981 perlu mendapat penilaian daripada pihak lain memandangkan isu akidah itu telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Pandangan mufti lain pun harus dipertimbangkan di samping penilaian pihak Jakim dan pihak berkuasa lain dalam soal akidah," jelasnya.

Meskipun Rais dilihat secara terbuka menerima hasrat Hadi itu, namun penyiarannya mungkin dihadkan bagi menjaga kepentingan kerajaan.

"Saya kira itu tidak jadi masalah tetapi hanya panjang pendeknya terpaksa dilihat dari sudut praktikaliti penyiaran di RTM," katanya.

-

AKU NAK MASUK TV, HADI AWANG MERAYU PADA RAIS YATIM


Terkejut teman bila Hj Hadi Awang nak masuk TV1,TV2,TV3 dan TV yang didakwa Kerajaan BN punya lah.  Biar betul! Dulu PAS yang kata media kerajaan BN tak boleh pakai. Haram weh! Alih-alih nak minta slot bagi penjelasan mengenai Amanat Hj Hadi. eh!eh!Pelik la..


Menurut laporan Sinar Harian, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta kerajaan memberi beliau peluang siaran secara langsung sejam menerusi RTM untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi yang kembali menjadi polemik semasa.

Selain RTM, Abdul Hadi turut meminta rangkaian Kumpulan Media Prima terutama TV3 juga memberinya peluang yang sama.

Ahli Parlimen Marang itu enggan menyatakan pendirian sama ada amanat itu harus ditarik balik atau tidak dalam sidang media kerana percaya kenyataannya tidak akan disiarkan penuh sebagaimana diharapkan selain berlakunya diputar belit fakta.

“Saya minta supaya diberi peluang secara langsung sejam oleh RTM dan TV3. Beri satu jam biar saya jelas, lepas itu masyarakat boleh nilai,”

Kesian teman tengok!Kome bagi le weh! Dah merayu-rayu tu!Nanti nangis pulak. Orang tua kalau nangis buruk la weh! Sebenarnya dah mengelabah sebab rakyat dah tau perangai sekor-sekor puak PAS. Teman tak tau la kome nak bagi ke tak!Suka hati kome le. Kalau Hj Hadi guna media Kerajaan BN dah hentam balik, teman tak tanggung.heee..
-

Saturday, 29 December 2012

HOT: VIDEO HADI AWANG KANTOI MENIPU


Teman nak ulas la sikit tentang PAS kaki putar alam. Biar semua orang tau siapa sebenar PAS ini.  Serupa jugak la Presiden PAS, Hj Hadi Awang. Dari isu kemasukan syiah dan khawarij dalan PAS hinggalah isu Amanat Hj Hadi sampai la isu Kalimah Allah. Lepas ni PAS nak spin pulak pasal ahli PAs masuk kristian. Sabar aje le!

Blogger Pena Minang Return dan Abu Aqif Studio banyak membongkar wajah-wajah sebenar PAS yang mengesan penipuan-penipuan puak-puak yang dah kristian ni. Kupasan satu persatu.

Itu dulu, tapi sekarang lain. Tengok video dibawah. Pengakuan Hadi Awang terima golongan Syiah dan Khawarij masuk PAS.


Dibawah pulak video Amanat Hj Hadi. Kejap kata tak kafirkan UMNO, tapi video kat bawah ni apa pulak?


PAS pandai pusing putar alam. Lepas ni apa pulak nak pusing pasal isu Kalimah Allah. PAS dah mula pusing-pusing tu! Kome tengok la lagi kat SINI

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...