Thursday 3 January 2013

Ini Lagi Janji Yang Ditepati, Bukan Janji Tong Kosong Anwar Ibrahim



Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Januari ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka...tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.

"Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini," katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK Sendayang dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi persekolahan 2013. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...