Thursday 3 January 2013

Vanidah Tidak Halang Rashidi Aktif Semula Dalam Muzik



Pelakon Rashidi Ishak menjelaskan isterinya, aktres Vanidah Imran tidak pernah menghalang dia untuk kembali aktif dalam bidang muzik yang telah lama ditinggalkan sebelum ini.

Rashidi berkata, isterinya itu sering menjadi pendorongnya dan rakan-rakan lain dalam kumpulan Dead Mushroom untuk kembali aktif sebagai pemain muzik.

"Walaupun selepas berkahwin saya kelihatan lebih banyak berlakon daripada memberikan tumpuan dalam bidang muzik tetapi itu tidak bererti dia (Vanidah) menghalang saya.

"Malah dia sentiasa menyokong penuh perjuangan saya bersama Dead Mushroom kerana itu adalah minat yang masih menjadi keutamaan saya," jelasnya kepada mStar Online.

Malah kata Rashidi, dia dan rakan-rakannya akan menghasilkan sebuah album mini pada tahun ini yang sedang dalam proses pembikinan sebagai persediaan bagi melancarkan kembali kerjaya muzik mereka.


Dalam pada itu, Rashidi berkata, Vanidah juga telah menghadiahkan sebuah gitar sebagai tanda sokongan yang mahu melihat suaminya itu kembali aktif dalam bidang berkenaan.

Malah kata Rashidi, dia juga sering menjalani latihan apabila mempunyai masa lapang bagi memantapkan lagi kemunculan mereka nanti.

"Saya cukup terharu apabila isteri menghadiahkan sebuah gitar yang telah menjadi idaman saya sebagai tanda sokongannya kepada saya.

"Vanidah sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam apa yang saya lakukan," jelasnya.

Sementara itu, selain album baru bersama Dead Mushroom, Rashidi juga bakal muncul dengan filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit arahan Mamat Khalid pada 9 Februari depan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...