Tuesday 1 January 2013

Tambang percuma RapidKuantan sehingga 30 April



Perkhidmatan bas RapidKuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan tambang bas percuma perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 30 April 2013.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar, atas permintaan rakyat dan sambutan menggalakkan, perkhidmatan percuma itu akan dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 30 April 2013.

Perkhidmatan RapidKuantan yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 November lepas, telah dijalankan secara percuma selama sebulan sehingga hari ini.

Ia menyediakan 32 bas untuk tiga laluan dan sehingga hari ini, seramai 274,000 penumpang telah menggunakannya.

Dalam satu kenyataan, Syed Hamid berkata selepas 30 April, kadar tambang yang ditetapkan ialah RM2 bagi jarak perjalanan di bawah 20 kilometer dan tambahan RM2 bagi jarak perjalanan melebihi 20 kilometer.

Ini bermakna bagi Laluan 200 (antara Bandar Indera Mahkota 1 dan Teluk Cempedak) dan Laluan 300 (antara Kompleks Mahkamah dan Polisas Semambu), tambangnya ialah RM2 sehala dan bagi Laluan 100 (Gambang dan Terminal Makmur), tambangnya ialah RM4 sehala. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...