Saturday 5 January 2013

TERDESAK: Sandiwara DAP pujuk Melayu



Pelbagai pihak mempersoalkan dakwaan DAP kononnya berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyaksikan pemimpin Melayu dalam parti itu, Zairil Khir Johari memenangi salah satu daripada jawatan berkenaan.

Mereka berpendapat kesilapan itu sengaja direka kerana mahu membuktikan tidak wujud perkauman dalam parti dan pemimpin Melayu turut diterima untuk memegang jawatan utama. 

Ini kerana kesilapan hanya diumumkan kira-kira tiga minggu selepas pemilihan 15 Disember lalu, walhal Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri mengakui beliau dimaklumkan perkara itu pada 17 Disember, iaitu dua hari selepas pemilihan. 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata ia sebenarnya reaksi politik dan manipulasi DAP selepas dikritik hebat berikutan semua lapan calon Melayu yang bertanding tewas.

“Saya memang tidak percaya... perkara ini tidak masuk akal dan satu ‘keajaiban’. Kita tahu mereka mahu menunjukkan DAP adalah parti pelbagai kaum. Bagaimana undi Zairil boleh melonjak dari 305 kepada 803?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...