SELEPAS membuat pengakuan 'unik' pernah bercinta dengan makhluk halus, Kesha kembali dengan kenyataan panasnya apabila mengaku dirinya mengamalkan cara hidup songsang iaitu seorang wanita biseksual.
Menurut laporan portal Contactmusic, wanita berusia 25 tahun itu tidak penah menjalinkan hubungan cinta mengikut ketetapan gender tetapi lebih menurut kepada perasaan hatinya.
"Saya bukan sekadar menyukai lelaki tetapi saya sukakan semua orang. Ia terpulang kepada perasaan saya pada ketika itu.
"Baik lelaki mahupun wanita, apabila sejenis perasaan cinta itu muncul, maka dialah cinta hati saya," katanya.
Sementara itu, Kesha turut mengakui yang dia tidak suka golongan yang gemar membuli terutamanya terhadap golongan sepertinya.
"Saya akan melawan si pembuli yang suka mengena-ngenakan golongan ini.
"Bukan itu sahaja, saya juga akan mempertahankan adik-adik lelaki saya yang sering dibuli kerana masalah gagap," tegasnya.
Sumber
No comments:
Post a Comment