Sunday 30 December 2012

Ippo Hafiz And The Band Juara Muzik Pahang FM



KUMPULAN Ippo Hafiz And The Band muncul juara pertandingan akhir Juara Muzik Pahang FM di Auditorium Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Kumpulan dianggotai empat pemuda berusia antara 21 hingga 24 tahun itu, mengenepikan cabaran tujuh lagi kumpulan di pusingan akhir dengan membawa dua lagu ciptaan sendiri, Irama Kita dan Rentak Hati, sekali gus menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, hadiah iringan dan sijil.

Naib johan pertandingan anjuran Pahang FM buat kali kedua itu, disandang kumpulan Mattra yang membawa pulang tunai RM3,000 manakala tempat ketiga milik kumpulan Burst Of The Meskid dengan hadiah RM2,000.

Lima kumpulan lain yang beraksi di peringkat akhir, iaitu Kumpulan Nada Akustika, E-Sandra, Magnetic, Left-Firana dan Verse-C menerima sagu hati RM500 setiap kumpulan beserta sijil. - Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...