Menurut Laporan PhilStar.com, Angkatan Tentera Laut Filipina telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III ketika rondaan di dalam dua buah bot di perairan wilayah Tawi-Tawi pada pagi Rabu.
Jurucakap Tentera Laut Lt Komander Gregory Fabic berkata bahawa bot yang sarat dengan sekurang-kurangnya 35 pengikut Sultan Sulu tersebut telah dipintas di perairan Bandar Andoligan pada sekitar 6:30 pagi.
Fabic berkata bahawa unit rondaan Tentera Laut merampas senjata api dan peluru dari dua bot tersebut.. Salah seorang pengikut adalah perempuan.
Pihaknya masih lagi menyiasat samada bot tersebut menuju ke Sabah atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment