Monday, 24 December 2012

PANAS: FARID KAMIL TAK JADI MASUK PENJARA


Jenuh teman cari merata-rata kalau ada jawapan isu Farid Kamil memakai uniform pasukan keselamatan semasa persandingannya baru-baru ini.  Teman dah ulas isu ini  di tajuk-tajuk PANAS: FARID KAMIL AKAN DIPENJARA? dan HOT!FARID KAMIL BUAT ATM PENING serta FARID KAMIL TAK BERANI BUAT KENYATAAN, DAVID TEOH PUSING KENYATAAN  . Kalau teman terlepas pandang, tak tau la.  Tapi setakat hari ini, tak ada pulak teman nampak, kalau sesiapa yang nampak jawapan Farid Kamil mengenai isu ini, tolong bagi tau ek!

Teman tertanya-tanya pulak, apa dah jadi dengan kes ni?  Rasa-rasanya dah kautim la kot!  Tapi teman nak buka sikit bab undang-undang ni.  Mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera dan Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barang-barang tentera. Apa dah jadi? ATM senyap, KDNKA senyap dan tambah pulak PDRM, lagi sunyi sepi. 

Ye la.  Mungkin dah kautim le tu!  Maklum la, artis popular. Banyak jasa pulak tu pada nusa, bangsa dan negara.  Biasa la.  Kalau rakyat biasa, biasalah kena penjara kurang-kurang 2 tahun.  Kalau nasib baik kena bayar denda aje la..Nasib orang biasa yang tak ada apa-apa..Apa nak kata kan..kan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...