Sunday 30 December 2012

PAS MERABAN LAGI SEBAB NAK MASUK TV


Teman tak tau la apa nak jadi dengan PAS ni. Asyik meraban tak tentu hala. Sebab nak masuk TV pun nak kecoh-kecoh. Weh! Kome bagi le deme masuk TV ni. Dah nak nangis tu! Buruk la kalau orang tua-tua ni nangis. Tapi kan..ari tu PAS cakap TV1, TV3 dan sewaktu dengannya, besi buruk dan tak boleh dipercayai, penipu le dan segala bagai. Lepas tu nak minta masuk pulak. Tak kan pelik tu!ish.ish

Terbaru, PAS memetik di Sinar Harian, Pas Pusat berharap kerajaan akan membuka laluan bagi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk memberi penjelasan menerusi media harus perdana selepas diserang berminggu-minggu berhubung isu Amanat Haji Hadi.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu Amanat Haji Hadi bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan ia menjadi polemik berterusan.

Teman tak kisah apa deme nak kata. Dulu deme kata Cybertrooper deme yang terkuat. Cybertrooper deme la yang terhebat. Weh! Mana Cybertropper kome yang kome bayar mahal-mahal tu? Dah tak reti nak spin ke? Tak pun dah terkedu tak reti nak spin. Ye le. Dah cerita betul. Amanat Hj Hadi tu memang kafirkan UMNO dan sesama Islam. Mana boleh nak spin pun. heeee.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...