Wednesday, 13 March 2013

Siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?


Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?

Suara Generasi Baru

2 comments:

  1. Kalau saya ada kuasa, saya akan minta anggota polis dan tentera yang beruniform perang untuk menyembahyangkan jenazah militan Sulu ini. Mereka juga ada keluarga, kehidupan dan anak isteri diSulu. Urusan mereka telah selesai didunia. Kenapa kita mesti emosi sehingga menidakkan urusan/keperluan fardu kifayah terhadap mereka?

    ReplyDelete
  2. subhanallah....sepatutnya mmg kita wajib menyempurnakan jenazah2 pengganas2 sulu yg telah terkorban....soal dosa pahala mereka terhadap urusan dunia biarlah di adili oleh Allah yg maha besar kelak....kewajipan kita yg masih bernyawa dimuka bumi ini haruslah di laksanakan juga....al-fatihah.....aminnn....k

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...