Showing posts with label Politik PAS Nik Aziz Dajjal. Show all posts
Showing posts with label Politik PAS Nik Aziz Dajjal. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Apa Cerita Ni! Jangan Weh! Nanti Masuk Neraka!

Hampir 400 ahli badan bukan kerajaan mengadakan perhimpunan aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini semalam bagi membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan 'menyerahkan' lebih 4,000 hektar tanah kepada dua pemimpin DAP Perak.

Pada masa sama, gabungan NGO yang diketuai bekas Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Hassan turut membantah tindakan Majlis Daerah Tanah Merah mengambil Padang Merdeka untuk membina bangunan komersial.

Perhimpunan itu diadakan selepas gabungan itu membuat laporan polis pada pukul 3 petang.

Menurut Shaari, kedua-dua salinan laporan itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

"Kami kecewa dengan tindakan kerajaan negeri berhubung kedua-dua isu ini. Pengambilan tanah yang dikenali sebagai Padang Merdeka untuk tujuan pembangunan menyebabkan rakyat Tanah Merah tiada tempat untuk beriadah.

Tegasnya, kedua-dua isu tersebut melibatkan harta rakyat dan ia sewenang-wenangnya 'digadai' oleh kerajaan Pas Kelantan.


-

Wednesday, 2 January 2013

TAK ADA AKAI! Orang Bunuh Diri Pun Nak Salahkan UMNO Jugak


Teman ingin merakam rasa simpati kepada mangsa yang didakwa membunuh diri. Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang dekat Kota Tinggi, di Johor Bahru semalam. Apa yang teman kesalkan, isu ini pun nak dipolitikkan oleh pembangkang. Ada akai ke? orang bunuh diri nak salahkan kerajaan BN jugak ke? Nak salahkan pembanguna Rapid Pengerang. Sepatutnya kita berdukacita dan memberi penghormatan kepada simati. Ini tidak, nak dijadikan isu jugak. Kalau dah belajar dengan politik songsang, beginilah jadinya.

Haramkah Daily pun ambik je cerita nak jadi isu politik. Begitu dangkalnya pemikiran editor dan wartawan Haramkah Daily. Kaedah yahudi jugak kome guna supaya negara bagi kucar kacir. Jahat niat Haramkah Daily. Etika kewartawanan lansung tak ada. Lain kali, kalau ada orang mati lagi, kome spin jadi isu politik le kot. Salahkan Kerajaan BN. Kalau ada orang beranak, salah Kerajaan BN, sampai kome buat kaunseling 3 pagi pun, salah Kerajaan BN. Apa punya bodohnya editor dan wartawan Haramkah Daily. Mana la kome kutip editor dan wartawan bingung ni. Rasa-rasanya kome kutip kat tong sampah yang orang lain dah buang. Patut la busuk! eeee....

Tapi rasa-rasanya lepas ni kalau ada berlaku kematian di Kelantan, ada tak Haramkah Daily nak salahkan Nik Aziz sebab bagi tanah balak pada Cina DAP.ish!ish!
-

Tuesday, 1 January 2013

HOT: NIK AZIZ PUN NAK MASUK TV, HEBAT!


Ini sudah baik! Nik Aziz nak join sama masuk TV yang dituduh sebagai besi buruk! Eh!eh! Dah ludah jilat le balik. Tapi elok jugak ramai jugak nak tengok macamana Hadi Awang dan Nik Aziz nak bersilat dipentas terbuka bersama-sama dengan Mufti-Mufti. Jangan lupa jemput Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Setahu teman, puak-puak PAS ni memang bengang dengan Mufti Perak ni.,sampai bela pencacai-pencacai hentam dan kondem Mufti Perak sungguh-sungguh. tak berenti siang malam. Sampai mengandaikan Hadi Awang dan Nik Aziz lebih hebat bak setaraf Nabi. Ptuii!!

Menurut laporan Bernama, Nik Aziz juga turut menawarkan diri untuk memberi penjelasan menerusi televisyenberhubung kenyataannya mengapa PAS menentang Umno

Kalau dah terkena muka sendiri, baru nak cari media-media elektronik Kerajaan BN. Dulu sampai haramkan media-media elektronik kerajaan buat liputan apa-apa juga majlis Pakatan Rakyat. Sampai kutuk media-media kerajaan ni fitnah dan macam-macam yang tak elok. Sekarang dah terbalik kot. Nak beri penjelasan pada rakyat melalui media kerajaan pulak. Apa jenis manusia ni? Ada akai ka?
-

Tuesday, 25 December 2012

HANGAT: PAS LELONG SELUAR DALAM NIK AZIZ, GILER!


Lawak giler!  PAs nak anjurkan Majlis Makan Malam dakwa nak kutip dana Pilihanraya.  Nak Aziz nak lelong barang-barang peribadi.  Kira sudah baik!  Apa barang peribadi Nik Aziz nak lelong tu? heee.. Ye le, kata Nik Aziz ni suci, duduk rumah buruk dakwa Nik Aziz le.  Naik Aziz tak makan harta dunia.  Nik Aziz dakwa tak harta pun. Jadi Nik Aziz dah tak ada benda la nak jual.  Tinggal serban dan jubah le.  Seluar dalam pun boleh jual tu, confirm laku, maklumlah Seluar Dalam Nabi PAS tu!  Bukan senang nak dapat.  Limited Edition weh! Menurut laporan Haramkah Daily, satu Majlis Makan Malam untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ,Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Teman rasa duit Tin Milo dan kena kebas selain bayar elaun fitnah pada Ustazah Segera PAs Abby Abadi.  Mana cukup nak cover beb! Jadi terpaksa la buat kutipan besar-besaran supaya jadi "WANG BESAR".  Lagi sedap nak kebas.  Bukan ada audit pun.  Ahli PAS yang bingung, bagi aje duit simpanan tu banyak-banyak untuk beli seluar dalam Nik Aziz.  Sekurang-kurangnya kome boleh dapat Syurga Nik Aziz.  Class gitu!!..
-

SEKALI KENA, TERUS KECUT TELOR MASUK DALAM



PAS diam bila DAP mahu campurtangan soal Agama Islam.  Mungkin kerana Jawatan, mungkin juga kerana gilakan kuasa yang menebal menyebabkan pemimpin PAS terus menerus mendiamkan diri apabila DAP kali ini meminta kerajaan dengan membenarkan penggunaan bahasa Melayu dalam kitab Bible.


Mana lagi perginya  suara-suara melayu-melayu dalam Pakatan Rakyat yang lain??

Kenapa harus diam membisu?

Bila kena batang idung sendiri, mereka mula menyembunyikan diri, semakin hari, sikap menyampah gua kat dieorang nie semakin bertambah-tambah.

Hasil sokongan pas dan orang melayu yang buta hati terhadap dap tak lama lagi kita akan dapat melihat kuil dan gereja diletakkan kalimah Allah di puncak bumbung yang kelihatan seolah2 masjid dan pemuda pemudi kapir memakai loket dengan kalimah Allah.. maka umat Islam akan menjadi keliru yang mendorong kepada membiaknya pluralisme yang sedang diperjuangkan dap.. maka umat Islam semakin berpecah manakala ulamak2 pas akan ternganga lalu mengakui kepada para pecacai mereka bahawa mereka memang bangang.

Dulu tgna kata bapa saudara nabi pun guna kalimah Allah...gua nak tanya, tgna nak suruh kita ikut siapa? nak ikut nabi atau bapa saudara nabi????

Dulu, apabila kjaan pusat tahan kitab injil dari indon yang guna kalimah Allah, pas sokong supaya dibenar di bawa masuk. Apabila injil diedar secara ranbang di rumah orang melayu dan pelajar sekolah..maka pas berdiam diri. Sungguh, inilah perangai ulama akhir zaman yang sedang sesat.

-

Monday, 24 December 2012

PECAH BERITA: NIK AZIZ MENANGIS MACAM BUDAK KECIL MINTA SUSUS



Pemimpin kanan PAS mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am PAS bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.

Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz.

"Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen."

"Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis.

"Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya umum.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ini kafir, orang Umno ini Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno perlu bertindak dengan betul apabila ditegur oleh Nik Aziz.

Tuan Ibrahim berkata, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan bukan celupar, sebaliknya itu reaksi spontan beliau apabila melihat keadaan Umno yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar.

"Yang penting bukan pada siapa yang mengeluarkan kenyataan, tapi kenapa Nik Aziz cakap begitu.

"Umno kena lihat itu sebagai teguran dan memperbaiki keadaan.

"Memang kita nafikan tindakan Nik Aziz itu bukan celupar, tetapi memberi reaksi spontan terhadap keadaan Umno yang semakin terkeluar daripada ajaran Islam," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

-

Sunday, 23 December 2012

WAJIB BACA: UNTUK AHLI PAS SAHAJA



Ramai anggota dan penyokong Parti PAS menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) akibat kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang tidak mengambil berat mengenai masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

Seorang penyokong PAS dari Kuala Besut, Ahmad Ibrahim, 57, berkata beliau merasa kecewa kerana parti pembangkang itu tidak memberi perhatian terhadap masalah rakyat yang berlaku di kawasan mereka.

"Saya cuba untuk bersuara kepada pemimpin di peringkat kawasan bagi mengatasi masalah penduduk, tetapi mereka kutuk saya dari belakang menyebabkan saya rasa kecewa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia di sini, pada Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad berkata beliau meninggalkan parti itu sejak 1999 kerana kecewa dengan perjuangan PAS dan berjanji untuk memberi sokongan kepada BN.

Seorang lagi anggota PAS, Isa Idris, 68, berkata beliau menyertai Umno dan BN hasil daripada kesedaran apabila PAS negeri mengambil tindakan membubarkan PAS Kawasan Besut sebelum pilihan raya 1999.

"Saya juga kecewa dengan tindakan parti pembangkang itu atas beberapa perkara yang dicetuskan bersama parti pakatan pembangkang di mana mereka mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur, selain doa-doa yang dibaca oleh pemimpin mereka yang tidak sepatutnya diucapkan.

"Saya lihat penyokong Pas sekarang 'sudah sedar' sandiwara yang dimainkan parti itu dan ramai penyokong mereka akan menyertai Umno atau BN selepas ini," katanya yang mengetuai 210 anggota dan penyokong Pas dari Kuala Besut menyertai Umno.

Pada majlis itu seramai 310 anggota dan penyokong Pas dari Besut, Jabi (Setiu) dan Ru Redang (Marang) menyertai Umno serta berjanji membantu parti pemerintah memenangi pilihan raya umum akan datang.BERNAMA
-

PECAH BERITA: Nik Aziz Kena Cabai Dengan Mahyiddin


Ini baru betul.  Celupar sangat mulut tu, dah kena cabai. Nampaknya Mahyiddin Yasin marah sangat dengan perangai Nik Aziz yang suka buat fatwa songsang.  Berita Harian melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong UMNO sebagai mungkar. 

Macam teman cerita la sebelum ni, Nik Aziz ni Dajjal yang pakai serban putih. Nik Aziz dua hari lalu yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti UMNO yang beliau anggap mungkar.  "Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang UMNO ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya,"  Mahyiddin Yassin benar-benar marah ni,  Teman rasa ramai yang marahkan Nik Aziz.  Yang ada dalam PAS pun membisu tak boleh nak usik Nik Aziz sebab Nik Aziz ni Nabi PAS..Nanti tak masuk syurga..heeee
-

Saturday, 22 December 2012

PANAS: Nik Aziz adalah Dajjal dan Bukannya Pewaris Nabi



Teman banyak terima komen-komen di entri-entri teman yang penuh dengan maklumat dan informasi.  Teman nak ucapkan terima kasih jugak kepada pengomen-pengomen, sekurang-kurangnya teman dapat sedikit maklumat dan infomasi yang teman tak ada.  Maklum la, teman bukan la tahu semua pun, rakyat biasa je..Ini ada satu komen dalam entri HOT: Nik Aziz Dah Kecut Telor.  Teman rasa kome kena baca komen yang bergelar dirinya nik aziz adalah dajjal dan bukannya pewaris nabi .  Panjang bebenor le yop ooi..Baru la kita sedar siapa itu Nik Aziz..Baca la kome..Banyak ilmu kat dalam ni..

Dari sudut bahasa, Dajjal ertinya pendusta agama atau penipu agama yang kerjanya menyesatkan manusia diatas jalan akidah agama dengan berbagai watak menurut masyarakat semasa dan setempat.

Menurut huraian Ulama' Rahimahumullah, Dajjal kecil telah lama muncul sejak dari lahirnya Nabi Muhammad SAW, bahkan telah wujud zahir pada zaman nabi-nabi dan rasul terdahulu (istilah lain dari bahasa Arab) dengan kehebatan tersendiri dari perkara-perkara aneh hingga mistik? dan telah berjaya menyebabkan huru-hara serta kerosakan dalam masyarakat.


Nabi Muhammad SAW adalah Nabi besar akhir zaman (Dajjal besar juga muncul pada akhir zaman), sesuai dengan Rasullullah SAW sebagai penghulu segala nabi. Ini bererti akhir zaman telah berusia 1431 tahun Hijrah + 52 tahun umur nabi ketika berlaku hijrah Mekah ke Madinah.

Allah Azza Wajalla telah berfirman di dalam Al-Quran akan keadaan kiamat dengan menyebut lebih dari 30 istilah kiamat yang antaranya ialah keadaan huru-hara. Kejadiannya pula seperti gunung-ganang berterbangan bagai debu, air laut berkocak menjulang tinggi menghempas daratan, langit seperti digulung, keluar asap hitam dari perut bumi, kubur-kubur terbongkar dan lain-lain lagi. Keadaan bencana alam yang berlaku seperti itu sekarang ini, telah pun ada pernah berlaku banyak kali sejak beribu tahun. Yang ini dinamakan kiamat kecil? Atau besar? Kiamat lebih besar pula akan terjadi dengan datang zahir nyata Dajjal besar. Para Ulama' Rahimahumullah As-Sunnah waljamaah bersepakat tidak menyenaraikan ketibaan Dajjal besar sebagai satu daripada tanda kiamat akhirat melainkan orang Syiah sahaja? Kiamat akhirat pasti terjadi sekonyong-konyong pada ketikanya dengan perintah Allah sedang tiada diberitahu kepada sesiapa melainkan sedikit . . . .

Siapakah Dajjal kecil dan siapa pula Dajjal besar.

VS

Dari sudut bahasa al-Mahdi (Imam Mahdi) ertinya orang yang mendapat petunjuk di jalan yang benar lagi lurus serta membawa kebenaran – pembimbing yang dibimbing – ada Quran didadanya berisi Furqan (meleraikan yang Haq dan yang Bathil) sedang tersembunyi didadanya ada Qurqan (isi rahsia – Sir – rahsia hati). Nabi-nabi dan rasul terdahulu juga digelar yang sama dengan istilah lain dari bahasa Arab, membawa Dzabur, Taurat, Injil dan ada juga Suhuf.

Semua makhluk mendapat petunjuk dari Allah jua.
Adalah kita manusia maka bicara ini tentang manusia jua.
1. Petunjuk tabi’in – semulajadi.
2. Petunjuk pancaindera – tahu.
3. Petunjuk aqli – akal fikiran.
4. Petunjuk ilmi – belajar berilmu.
5. Petunjuk lurus lagi benar – Sir – rahsia – Sirathal Mustaqim.

Maka pada akhir zaman orang yang mula digelar al-Mahdi ialah Nabi Muhammad SAW sendirinya. Sehinggalah baginda wafat kemudiaanya diwariskan oleh para sahabat di zaman khalifah dan terus bersambung warisnya sepanjang zaman oleh para sahabat yang juga digelar Pewaris Nabi.

Patah tumbuh hilang berganti.

Watak baginda Nabi SAW adalah bersesuaian dengan masyarakat semasa setempat yang kemudiannya disebut sebagai sunnah – diterima seluruh dunia Islam. Maka sunnah yang bererti perbuatan (amal/af’al) terdapat dua bahagian.

Sunnah umum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, keluarga, masyarakat, budaya dan sebagainya bersesuaian dengan masyarakat Arab ketika itu – yang kemudiannya dibaik pulih dengan akhlak Nabi lalu dinamakan cara hidup Islam.

Sunnah khusus pula adalah teknik dan taktik melaksanakan Rukun Islam yang 5 berteras 6 Rukun Iman seperti mana telah disyariatkan Allah dan dilaksanakan, ditunjuk ajar, digaris panduan oleh baginda Nabi sebagai syariat Islam yang diwarisi para sahabat.

Siapakah Pewaris Nabi – Imam al-Mahdi.

Setiap makhluk adalah berpasangan seperti lelaki/perempuan, siang/malam, hidup/mati, kahwin/cerai, kaya/miskin, Sir/Sihir, jin(iblis)/ma’laikat, Haq/Bathil dan bermacam lagi. Hanya satu yang tidak berpasangan, tiada bandingan ialah Allah – Tuhan Rabbul Jalil Fil ‘a lamin yang Esa. Satu ertinya kaya sahaja tidak ada miskin/kekurangan, kuat sahaja tiada lemah, hidup sahaja tiada mati, kasih sayang sahaja tiada zalim, betul (Haq) sahaja tiada salah (Bathil) dan lain-lain lagi berjumlah 99 yang disebut dalam Asma’ul Husna wa Sifat. Maha suci Allah dari sebarang anasir – ma’rifat Allah (mengenal) dengan zatNya sendiri jua.

Dajjal kecil atau besar sama sahaja sifatnya – itulah tipu daya jelmaan iblis yang dizahirkan maanusia Islam. 

Diantara perangai buruknya seperti rakus, sombong meninggi diri, menggunakan agama untuk mencapai cita-citanya. 

Dia ada dimana-mana – persatuan masyarakat Islam, pertubuhan, perniagaan, politik, pihak berkuasa undang-undang dan dimana sahaja ada orang Islam. 

Harta, Tahkta, Wanita menjadi matlamat kemewahan, keindahan dunia untuk memikat hati manusia Islam supaya mempercayainya. 

Dajjal mencari kemuliaan atas jalan agama dengan menjual ayat Allah apabila berdakwah dan menfatwakan niat yang baik menghalalkan cara?

Dajjal mengubah maksud Al-Quran mengikut kepentingan dirinya dan membuat tipu daya keatas orang Islam yang mengangkatnya sebagai pemimpin. 

Mengadu domba supaya bergaduh berselisih sesama maanusia kononnya diatas jalan agama. 

Mengisytiharkan perang syahid diatas jalan keganasan dengan membunuh menumpahkan darah. Menjual syurga Allah dan bermacam kredit bagi orang yang berjuang?

Dajjal kecil sewaktu tiada pengikut dan menjadi Dajjal besar apabila ramai yang menyokongnya dan menjadi pengikut.

Contohnya – seorang yang bertanding pilihanraya tidak akan menjadi orang besar seandainya tidak mendapat undi besar . . . .?

Sebahagian maanusia Islam menjadi pengikut Dajjal tanpa ilmu pengetahuan agama kerana jahil, sebahagiannya munafik, yang lain pula fasik, tidak kurang juga yang syirik. Ada juga menjadi part-time Dajjal . . .? (kecil) atau full-time Dajjal . . .? (besar).

Seandainya Dajjal hadir dengan wajah hodoh bermata satu lagi mengerikan pandangan mata tentulah maanusia akan lari darinya!!

Pewaris Nabi (al-Mahdi) menggunakan harta, takhta, wanita hanya sebagai alat keperluan hidup didunia. Orang ini mendapat keperluannya mengikut garis panduan syariat Islam dan bersederhana. Kemudian menggunakan rezeki halal itu untuk berdakwah bermacam cara tanpa meminta upah seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW serta diwarisi para sahabat.

Perang (Jihad) yang diisytiharkan bermaksud memerangi hawa nafsu keinginan, membunuh idealogi kefahaman jahiliyah, tahyul dan kurafat serta bida’ah dengan cara bijaksana. Perang membunuh menumpahkan darah hanya berlaku dengan perintah Allah jua. Sentiasa rindukan kasih sayang, cintakan keamanan sejagat bermula dari dalam diri sendiri setiap maanusia umumnya dan khasnya orang Islam.

Dikalangan para nabi dan rasul terdahulu juga telah ada yang dibunuh oleh kaum/bangsa mereka sendiri. Sifat baginda Nabi adalah siddiq (benar), amanah (jujur), tabligh (sampai), fathanah (bijaksana).

Sifat sahabat pula adalah siddiqin (yang membenarkan), solihin (yang berakhlak baik), syuhada’ (yang berjuang). Penampilan ini digunakan oleh Dajjal sedangkan Pewaris Nabi sendiri tidak menonjolkannya.

Berbahagialah maanusia Islam yang menjadi pengikut pemimipin ini dengan kurnia rahmat, ni’mat Allah jua.

Tentu tidak ada sesiapa yang berani mengaku dirinya Dajjal – maka sudah tentu Pewaris Nabi juga tidak melakukannya. Jika ada yang membuat pengakuan sebagai Pewaris Nabi bermakna dia menempah neraka . . . . 

Itulah Dajjal (iblis) yang mengaku sebagai pengganti.

Telah lahir Ulama' yang jahat

Telah lahir ahli ibadat yang jahil

Jangan jadikan ibadat sebagai alat

Murnikan hatimu dalam beribadat sebagai kebajikan (sadaqah) bagi diri sendiri keluarga, kaum kerabat, jiran tetangga, masyarakat, bangsa dan Negara seterusnya seluruh dunia.

p/s: jauhkan di anda dari dajjal.. makna dajjal iala pendusta agama.. dan dajjal adalah musuh nabi muhammad s.a.w... seandainya anda kasih kepada habibullah.. sama2lah kita menolak dajjal.. salah seorang dajjal adalah nik aziz..

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...