Showing posts with label Politik DAP Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Politik DAP Kalimah Allah. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

TOKONG PUN NAK GUNA KALIMAH ALLAH, DAH PARAH NI!



Desakan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu dikhuatiri akan memenuhi agenda penularan pluralisme di negara ini sehingga menimbulkan kecelaruan sehingga mengancam akidah umat Islam.

Justeru, pelbagai pihak tidak rela kepentingan Islam dieksploitasi dalam kancah permainan politik dan mahu kedudukannya sebagai agama rasmi negara ini dihormati seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Abu Suffian Abu Yaziz, berkata tujuan sebenar Lim Guan Eng membuat gesaan itu boleh dipersoalkan kerana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-82 yang bersidang pada Mei 2008 sudah memutuskan lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam. 

Sambil menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai angkuh dan gimik politik, beliau berkata ia tidak harus dipandang ringan kerana membabitkan isu akidah yang serius, terutama di kalangan generasi muda Islam.

Jika tidak dibendung, kesannya amat besar dan berbahaya kerana boleh mencetuskan persepsi salah terutama di kalangan generasi muda Islam yang keliru antara Allah dalam landasan akidah agama dan tuhan menurut Bible.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku untuk menarik pengundi semata-mata. 
Kami tidak tahu hasrat sebenar tetapi percaya ia ada unsur politik apabila dibangkitkan oleh orang politik. Jangan heret sensitiviti agama dalam permainan politik,” katanya kepada BH, semalam.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr Hasan Mad, menganggap desakan itu sebagai satu lagi produk politik Guan Eng untuk menjuarai isu kalimah Allah di kalangan pengundi beragama Kristian, terutama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sensitiviti umat Islam tidak harus dieksploitasi dan dikorbankan semata-mata untuk memenuhi keghairahan agenda politik, tambahan pula ia boleh mengancam perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.

“Jangan menjadikan politik mengatasi segala dimensi. Masyarakat kini matang menilai percaturan politik pemimpin memilih agenda yang ingin dijuarai,” katanya.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim, Dr Ann Wan Seng, berkata pihaknya kesal kerana ahli politik bukan Muslim tidak wajar masuk campur dalam perkara membabitkan sensitiviti umat Islam.

“Kami membantah sejak awal lagi penggunaan kalimah Allah dalam Bible kerana konsep ketuhanan dalam agama Kristian berbeza sama sekali dengan Islam,” katanya.

Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Guan Eng menjawab dakwaan gesaannya itu berniat jahat untuk memperdayakan anak muda Melayu.

Presidennya, Azwanddin Hamzah juga mempersoalkan adakah golongan muda Melayu akan diberitahu bahawa Bible versi bahasa Melayu itu adalah ajaran Allah dan sama seperti al-Quran.

-

Friday, 4 January 2013

Bukti PAS Setuju Penggunaan kalimah Allah Untuk Kristian Didedah


Isu penggunaan Kalimah Allah kepada penganut Kristian di dalam Bible versi Bahasa Melayu menjadi lebih parah. Teman rasa isu ini telah menjadi duri dalam daging bagi umat Islam. Teman nak memetik kenyataan Anwar China Doll menyatakan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang dijadual Selasa ini akan membincangkan isu Kalimah Allah tersebut. Isu berkenaan tidak berbangkit namun sedia berbincang sekiranya wujud pertikaian baru memandangkan pada 2010 Pakatan Rakyat bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

"Saya percaya isu ini boleh dibangkitkan dalam mesyuarat walaupun Pakatan telah putuskan pada 2010.

Pada Januari 2010 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Apa tu? Teman pun pening. Bukti PAS telah bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah bagi agama Kristian. Teman pun hairan, banyak sangat pemimpin-pemimpin PAS sendiri berlakon dan bersandiwara mengatakan menentang penggunaan Kalimah Allah ini. Pelik sungguh! kan..kan.. Mana satu betul ni weh! Kome ni kalau tak pusing-pusing memang la tak sah hidup. Rupanya PAS selama ini berlakon sandiwara dengan ahli-ahli PAS sendiri waima rakyat yang beragama Islam pun tertipu dengan PAS. PAS mendakwa sebagai parti Islam tetapi PAS sendiri menggadai agama dan Islam demi cita-cita peribadi pemimpin-pemimpin deme. Pemimpin beginikah yang kome nak pilih? No Way man...heee
-

Siapa Rasa Diri Tu Islam Wajib Baca Ini, Guan Eng Tak Payah



1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyah Granada yang berajakan Abu 'Abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille. 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, dua bulan kemudian, Abu 'Abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.

Perjanjian Granada bunyinya sungguh indah. Ia menjanjikan keadilan dan kesamarataan untuk semua pihak. Orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi masjid. Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.

Lebih menakjubkan Perjanjian Granada juga membenarkan perlaksanaan undang-undang Islam seperti yang sedia dipakai Kerajaan Islam, tanpa umat Islam perlu dihukum berdasarkan undang-undang Kristian Sepanyol! Rakyat malah bergembira kerana mereka dijanjikan pelepasan semua cukai daripada kerajaan baru.

Cantiknya Perjanjian Granada tidak terhingga. Tidak hairan, Abu 'Abd-Allah boleh mengalah. Penambah perisanya, dalam sejarah Granada, kota tersebut dipendekkan umurnya oleh sekumpulan orang Islam yang disebut sebagai Mudejar.

Mudejar ialah orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian Sepanyol. Mereka juga bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.

Mudejar dikatakan berasal daripada perkataan mudajjan, yakni orang yang dijinakkan (untuk berada di bawah naungan kerajaan Kristian Sepanyol) tetapi ada yang mengatakan bahawa ia daripada perkataan mudajjal. Maknanya, faham-faham sendirilah.

Tidak kurang juga antara mereka putera-putera raja Muslim Sepanyol yang mengira-ngira untuk mendapat laba daripada tuan Kristian Sepanyol mereka sama ada menjadi menteri dan kekayaan melimpah atas upah khianat mereka. Mereka ini juga menjadi dajjal di sebalik runtuhnya Kota Granada.

Tetapi, janji hanya tinggal janji dan ia dimungkiri, sepertimana kata-kata bahawa manifesto itu bukannya janji. Tahun 1499, perjanjian itu diingkari. Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengkristianan paksa orang Islam di Granada.

Rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi, tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuisi Sepanyol dimulakan. Sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad.

Walaupun pemerintahan Abu 'Abd-Allah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa daripada bapanya sendiri), tetapi beliau masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga lagi terpelihara di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah, lembab dan zalim.

Kezaliman ini bukan hanya dihadapi oleh orang Islam, malah bangsa-bangsa lain seperti Yahudi juga turut dipaksa menukar agama, dihina, ditindas, diseksa malah dibunuh sewenang-wenangnya.

Jika dilihat kepada senario hari ini, kita melihat hikmah mempunyai dan dinaungi oleh sebuah kerajaan Islam diambil mudah. Orang menganggap ia mudah datang dan mustahil untuk pergi. Malah ada yang menghasut rakyat menjatuhkan pemerintah yang sedia ada dan menaikkan mereka sekalipun pakatan mereka ini bersekongkol dengan golongan liberal, promurtad dan pluralisme agama.

Alasan untuk menumbangkan kuasa sesuatu kerajaan Islam cukup mudah yakni atas nama memerangi korupsi, kezaliman dan kronisme. Ini adalah panji-panji murah yang dikibarkan oleh sesetengah pihak.

Malah rakyat dibisikkan dengan halwa telinga yang menyebabkan mereka bersikap sambil lewa. Telinga mereka didodoikan bahawa seandainya kerajaan baru tidak bagus, mereka boleh menukar kerajaan sekali lagi dalam tempoh lima tahun.

Apa tindak balas orang Melayu dalam PKR, Pas dan DAP yang seolah-olah mereka sudah dijinakkan seperti mudejar Kerajaan Kristian Sepanyol. Bagaimanakah mereka boleh menerima seorang pelopor kebebasan beragama termasuk murtad mengetuai mereka dalam demonstrasi yang menghuru-harakan negara?

Adakah nanti atas dasar sama rata, negara akan mempunyai mufti beragama Hindu, Kristian ataupun Buddha? Nampak lucu, tetapi usikan ke arah itu sudah mula berlaku.

Menghairankan lagi mudejar-mudejar ini terus melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sekutu mereka. Mereka memuji Nga Kor Ming sebagai pandai membaca al-Quran tetapi musuh mereka yang beragama Islam pula dikatakan orang yang dibenci Tuhan.

Mereka sanggup menarik balik hukuman memotong rambut berlainan jantina yang sudah ada dalam kerangka undang-undang negeri selama hampir 20 tahun dalam masa dua hari setelah mendapat bantahan daripada sekutu kafir mereka. Tetapi tidak sanggup untuk menarik balik Amanat Tok Guru mereka yang jelas mempunyai unsur mengkafirkan sesetengah pihak sekalipun dirayu dan didesak selama hampir 30 tahun!

Mereka berbangga apabila Lim Guan Eng hendak menjadi Umar Abd Aziz tanpa menyedari bahawa Allah tidak akan memandang kepada bagaimana berazamnya seseorang kafir itu mencontohi kebaikan seorang mukmin melainkan si empunya badan itu melafazkan dua kalimah syahadah.

Apakah tidak sedih Umar Abd Aziz, apabila seorang yang kafir musyrik itu yang dipuja dan dipuji dan disamakan dengan beliau oleh orang yang mengaku muslim dan mukmin? Jadi, tidakkah sama nilai mereka ini dengan mudajjal?

Oleh itu, janganlah kerana digula-gulakan dengan orang lain pandai menyebut nama seorang dua khalifah Islam dan tahu barang satu dua ayat al-Quran dan hadis, kita hendak menggadaikan kuasa yang ada pada kita.

Ingatlah, orang Islam Granada dijanjikan perkara yang jauh lebih baik daripada Buku Jingga yang menjanjikan bulan dan bintang untuk memujuk mereka menyerahkan kuasa politik. Tetapi, harga yang perlu mereka bayar akhirnya adalah untuk berada di tiang-tiang salib dengan mata yang dikorek dan kaki tangan mereka dikudungkan serta akidah yang tergadai.

Sumber
-

Thursday, 3 January 2013

Guan Eng Terkedu Bila Pakatan Akan Musnah Sebelum PRU 13


Salam… Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan DAP berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).

Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, DAP dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang  sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.

DAP menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH  di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil.

Jika DAP benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia, mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan?

Mengapa ketua agama Kristian sedunia, Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat? Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja, isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara?

Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya. Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya DAP untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini.

Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan, pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka.

Pas, yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan DAP dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras DAP.

Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab.

Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan  kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.

DAP hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan bangsa.

Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu yang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan DAP untuk menegakkan pendapatnya.

Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan DAP bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu. Kredibiliti Pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu. Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti.

Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh DAP sedikit? Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini, Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian DAP dengan mengenepikan pendapat Pas.

DAP sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya, Abdul hadi Awang.

Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat DAP kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas. Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan DAP yang sudah pun tegang sejak sekian lama.

Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.

-

Isu kalimah: Amaran Kepada Guan Eng



Majlis Fatwa Kebangsaan bimbang dengan tindakan pihak yang enggan menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini, dengan mendesak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata pihak yang menimbulkan isu itu tiada kejujuran dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini dan sengaja mencari perpecahan selain mahukan keuntungan politik. 

“Selama mana orang Islam boleh bertahan dengan sikap tidak endah sedemikian dan `diketuk’ apabila senyap? Perkara ini tidak sepatutnya ditimbulkan lagi kerana ia boleh mengguris dan menyentuh sensitiviti.

“Kita bimbang ia akan mengakibatkan berlakunya perkara lebih besar yang tidak menguntungkan sesiapa di Malaysia, tetapi musuh di luar negara,” katanya kepada BH, semalam.

-

Siapa Yang Tak Setuju, Boleh Blah!



Teman terima satu komen yang menarik perhatian. Teman rasa wajib dibaca dengan hati yang terbuka dan minda yang lapang. Buang segala emosi dan amarah yang ada pada diri kita supaya Allah memberi rahmat kepada kita semua.

Dari LOL

Kita semua sibuk dengan isu ini, tapi ramai diantara kita yang tidak dapat membahaskannya secara tepat selain dari menyatakan ianya berdasarkan "Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan". Sedangkan dari kecil kita telah diajar membaca dua surah penting dalam Al-Quran i.e. Surah Al-Ikhlas dan Surah Al-Kafirun. 

Surah Al-Ikhlas menegaskan demikian:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Surah ini dengan jelas menolak fahaman kristian tentang konsep triniti i.e. Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus. Serta Allah SWT itu tidak boleh disamakan dengan sesuatu apa pun.

Surah Al Kafirun pula menegas seperti berikut:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku.

Surah ini menegaskan perbezaan yang nyata tentang Islam dan agama oran-orang kafir.

Jadi kalau ada rakan-rakan bukan Islam bertanya tentang ini, tunjukan kepada mereka 2 surah ini. Al Quran bukan macam bible yang banyak versi. Al Quran itu terpelihara dari dahulu hingga akhir zaman dan isi kandungannya tak boleh diubah dan ditafsir sesuka hati.

Kalau mereka kata kenapa di Indonesia boleh, suruh dia orang duduk kat Indonesia dan bukan disini. Kerana undang-undang negara ini telah termaktub dimana Islam itu sebagai agama rasmi negara. Jadi kalau nak ikut undang-undang lain, elok berpindah ke negara lain. Ibarat duduk di Malaysia tapi nak ikut undang-undang Singapore, mana boleh. Jangan nak samakan negara ini dengan negara lain.

-

Wednesday, 2 January 2013

Isu kalimah Allah: Cubaan melemahkan Islam



KUALA LUMPUR 1 Jan. - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berpendapat, tindakan tersebut seperti ada agenda tersirat kerana isu itu telah diselesaikan sebelum ini dan tidak sewajarnya dibangkitkan semula.

"Isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sehubungan itu kenyataan Guan Eng perlu dipersoalkan kerana jelas cuba mencabar keputusan Majlis Fatwa.

"Tindakan biadab Guan Eng ini seperti cuba mencairkan identiti dan agama Islam secara terus. Tiada keperluan untuknya mencampuri urusan kesucian agama Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. (UTUSAN)
-

Monday, 31 December 2012

PANAS: GUAN ENG KECUT TELOR JUMPA PENGUNDI


Alahai Guan Eng! Kecut perut jugak Guan Eng ni. Ingatkan berani sangat. Macam samseng tuntut penggunaan Kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu. Lari tak cukup tanah Guan Eng ni. Tak reti nak jawab la tu. Itu lah DAP jenis suka buat kecoh merata-rata dan biarkan PAS yang jawab. PAS jadi pak turut je le.

Terbaru didedahkan di dalam Antarapos, hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang tadi, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
 
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
 
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
 
“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
 
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” 

Kecut telor Guan Eng Weh! Pengundi mike dah cari, pergi jumpa la! Penakut! Telor Guan Eng dah masuk dalam. Kena mempasang! Bahaya tu!heee..
-

Thursday, 27 December 2012

CELAKA: GUAN ENG KUTUK MELAYU BODOH DAN BANGANG


Teman tengah bara ni.  Teman belum lagi la nak mencarut, maki hamun macam pencacai PR.  Nanti teman macam deme yang tak otak. Agak-agak siapa yang tak marah. Orang Melayu tentu marah sangat-sangat.  Tapi pencacai yang dah kena sumbat dengan duit Guan Eng confirm nak pertahankan.  Biasa la.Masyukkk..

Guan Eng dalam weet terbarunya, mengutuk orang Melayu sebagai BODOH DAN BANGANG atau "FOOLS AND MORONS".  Teman nak cakap sikit la macamana Blogger Jawa Bernam tulis, ada lebih 3 juta ahli UMNO yang Guan Eng kutuk sebagai Bodoh dan Bangang tu!  Itu tak termasuk Melayu yang menjadi majoriti penduduk Malaysia.  Guan nak bermusuh dengan semua Melayu. Itulah hakikat sebenar.  DAP semakin biadap dengan orang Melayu  dan Islam dan terbaru isu Kalimah Allah untuk digunakan dalam Kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Guan Eng kena sedar, Bapak segala bapak Komunis adalah Bapak dia, Lim Kit Siang.  Jadi Guan Eng jadi anak komunis la.  Yang menjadi punca rusuhan kaum 1 Mei 1969 adalah Lim Kit Siang. Orang Melayu masih ingat dan segar dalam ingatan Kit Siang dan kuncu-kuncu DAP sembelih orang Melayu. Guan pula cuba cetuskan semula ketengan kaum.  Cuma ada segelintir pencacai yang DAP sumbat dengan jawatan dan wang ringgit aje yang melalak tak tentu arah.

Screenshot Twitter Credit to Jawa Bernam
-

KALIMAH ALLAH: UNDANG-UNDANG SEKAT GUAN ENG



Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu kalimah ALLAH supaya dibenarkan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu Isnin lalu.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan undang-undang negeri dan Persekutuan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan boleh dibuat bagi mengawal dan mengehadkan penyebaran doktrin atau kepercayaan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Menurutnya, sehubungan itu 10 buah negeri telah pun menggubal undang-undang yang antara lain menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu di kalangan orang bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka.

“Oleh sebab itu PPMM menggesa empat buah negeri iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan menggubal undang-undang tersebut. PPMM juga mendesak negeri-negeri yang telah meluluskan undang-undang tersebut segera melaksanakannya.

“Bagi negeri Pulau Pinang pula, PPMM difahamkan bahawa suatu fatwa telah digazetkan  oleh Kerajaan Negeri sendiri tentang pengharaman penggunaan kalimah tersebut,” katanya semalam.

Menurutnya lagi, mahkamah belum mendengar rayuan dari pihak kerajaan berhubung perkara ini, maka penganut Kristian tetap dilarang dari menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk pada Tuhan di dalam agama Kristian di dalam sebarang bentuk penerbitan.

“Walaupun Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Herald dalam kes tersebut namun perintah tersebut telah digantung sementara menunggu rayuan pihak Kerajaan dan Majlis Majlis Agama Islam Negeri-Negeri. Dalam erti kata lain, kedudukan hal ini masih bersifat ‘status quo’.

“Kenyataan itu juga ternyata bersifat simplistik serta sebenarnya percubaan berterusan sebuah parti politik memperjuang prinsip sekular seperti DAP untuk menyemarakkan nilai-nilai faham sekular di dalam sebuah negara yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai agama negara,” 

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...