Monday 31 December 2012

RM2 juta bakar semangat buru emas Olimpik



Dua juta! Itu jumlah wang tunai sebagai pembakar semangat kepada barisan pemain Program Bakat Badminton Senheng-Samsung Junior Badminton (SS Junior) dan jurulatih - masing-masing RM1juta - seandainya mampu membutirkan kilauan emas di Sukan Olimpik 2016 atau 2020. 

Ganjaran besar itu dijanjikan Pengasas dan Pengarah Pengurusan Senheng Electric (KL) Sdn Bhd yang juga penaja kepada Program CSR SS Junior Badminton, Lim Kim Heng secara mengejut ketika majlis makan malam Akademi Badminton Looi (LooiBA) 2012, di Sports Arena Sentosa, Jalan Klang Lama, malam kelmarin.

Janjinya itu bukan mainan tetapi baginya ia cukup bagi menaikkan semangat pemain dan jurulatih buat merealisasikan impian rakyat Malaysia melihat emas pertama negara diraih menerusi sukan badminton. 

Saya mahu memberi galakan kerana mereka masih muda dan mentah. Dengan ini, mereka akan berlatih lebih bersungguh-sungguh, lebih berdisiplin untuk mencapai impian mereka. 

Satu juta untuk pemain dan satu juta untuk jurulatih tetapi dengan syarat, jika mereka menjadi juara, mereka perlu memeluk saya terlebih dulu, bukannya jurulatih atau sesiapa, katanya secara berseloroh tetapi yakin pemain muda di bawah Akademi Badminton Looi (LooiBA) itu mampu merealisasikan impian negara. 

Antara pemain kejohanan SS Junior yang dilihat mampu menjadikan impian menjadi kenyataan di Sukan Olimpik nanti ialah Bong Guang Yik yang awal bulan ini menjuarai kategori terbuka perseorangan menewaskan Chong Kein Hiung 21-16, 10-21, 21-16. 

Saya mahu memberi tumpuan satu demi satu terlebih dulu. Masih awal untuk bercakap apa-apa tetapi apa yang penting ialah terus berlatih sehingga Olimpik, kata Guang Yik yang baru berusia 16 tahun. 

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...