LONDON: Tunang kepada penyanyi Shakira iaitu Gerard Pique mengakui pengumuman mengenai kelahiran anak mereka pada 28 Disember lalu (waktu tempatan) hanya satu gurauan.
Terdahulu, bintang bola sepak Barcelona itu berkata menerusi Twitter: “Anak lelaki kami sudah dilahirkan! Kami sangat gembira! Terima kasih atas semua ucapan!”
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu Pique, 25, mengemas kini mesej terbaharu di laman sosial itu dan berkata: “Dia (bayi) mempunyai nama! Dia dipanggil ‘Naif’! Selamat ‘Hari Naif’ kepada anda semua!”
Difahamkan, tarikh 28 Disember merupakan hari sambutan April’s Fool bagi penduduk Sepanyol.
Pasangan itu menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.
Shakira, 35, mengumumkan mengenai kehamilannya pada September lalu.
Dia juga dijangka menyertai musim terbaharu program The Voice sebagai juri pada Mac depan.
Sumber
No comments:
Post a Comment