Sunday, 30 December 2012

HOT: RAFIZI TERSILAP SPIN, KENA MUKA SENDIRI


Perangai Pakatan Rakyat sudah diketahui. Ada sahaja isu-isu nak dispin dijadikan sensasi supaya rakay nampak seperti berjuang untuk nasib rakyat, berjuang untuk pembayar cukai. Sedang sendir pun tak pernah bayar cukai. Terbaru, Rafizi Ramli Jambu mempersoalkan di Sinar Harian pemberian rebet telefon mudah alih pintar 3G hanya kepada model RM500 ke bawah kerana dipercayai syarat itu cuba menguntungkan pihak tertentu dengan melariskan stok lama.

Katanya, lebih malang lagi apabila pelaksanaan skim itu dilihat berat sebelah apabila belia yang layak perlu membuat pembelian tersebut daripada pengedar telefon bimbit yang dilantik sahaja.

Apa yang kome tak puashati lagi. sekurang-kurangnya ada jugak insentif kerajaan BN kepada belia-belia untuk memiliki telefon mudah alih yang agak elok sikit.  Jika dibandingkan pada anak-anak orang berada, sememangnya jauh lah bezanya. Anak-anak orang berada tak payah terima la telefon yang semurah ini. Mak bapak budak-budak berada ni dah mampu nak bagi telefon yang canggih-canggih dan berharga. Boleh bagi Iphone 5 dan Samsung Note II apatah lagi Ipad dan segala bagai yang teman sendiri tak dapat nak sebut.

Bagi mak bapak yang kurang berkemampuan, insentif tersebut meringankan bebenan deme untuk membelikan telefon mudah alih khususnya pelajar-pelajar IPT yang masih memerlukan komitmen kewangan. Sepatutnya, belia-belia bersyukur diatas insentif Kerajaan BN bagi tu. Rafizi ni nak racun budak-budak ni je. Rafizi dah cakap macam orang bodoh dan cuba spin isu pengedar telefon bimbit yang terpilih dan isu stok lama. 

Teman nak bagi kat Rafizi Jambu ni, kalau kerajaan tak melantik pengedar-pengedar yang sah, nanti budak-budak ni kena tipu dengan puak-puak peniaga DAP yang jual barangan underground yang tak ada kualiti. Puak-puak DAP ni suka sangat la sebab yang banyak berniaga underground ni semuanya sokong DAP sebab DAP lindungi deme ni. Dan pada pandangan teman, model-model telefon yang disenaraikan tersebut masih lagi "up-to-date" dan tak jauh ketinggalan. Kome kena maklum bahawa teknologi telefon bimbit ni terlalu pantas berkembang dan boleh diandaikan perubahan teknologi telefon bimbit berkembang sesingkat satu hari. Cuba bayangkanlah..Apa yang kome beli hari ini tak akan sama yang kome beli esok..Fikir-fikirkan lah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...