Sunday 30 December 2012

MANGSA BANJIR DAPAT BANTUAN ATM, PAKATAN RAKYAT KAT MANA?



Kementerian Pertahanan akan menghantar pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara sekiranya ada keperluan mendesak dan diminta oleh Jabatan Kesihatan tempatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi membantu pasukan perubatan tempatan mengatasi masalah penyakit kulit, batuk, demam dan selesema yang sering melanda mangsa banjir.

Selain itu katanya, ATM turut bersedia menghantar pasukan memasaknya yang dilengkapi dapur bergerak untuk membantu para sukarelawan menyediakan makanan kepada setiap mangsa banjir.

"Atas permintaan daripada pemimpin tempatan supaya pasukan perubatan ATM dapat membantu pasukan perubatan di kawasan masing-masing, insya-Allah kita akan hantar segera.

"Sekarang ini pasukan itu berada di Kemaman, Terengganu yang dilanda banjir teruk baru-baru ini, tetapi dengan adanya masalah penyakit kulit dan sebagainya di mana-mana sahaja kita bersedia menghantar pasukan ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor (2) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...