Showing posts with label Politik PKR Anwar Ibrahim China Doll. Show all posts
Showing posts with label Politik PKR Anwar Ibrahim China Doll. Show all posts

Friday, 4 January 2013

Jangan beri peluang kepada Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun


Teman rasa apa yang dicakapkan oleh Tun Mahathir memang tepat. Pengalaman beliau bersama Anwar China Doll yang membuatkan beliau bercakap "Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun". Sememangnya banyak sebab mengapa Tun Mahathir berkata begitu. Kalau diberi peluang, maka hancurlah negara dan tindak tanduk anwar China Doll kebelakangan ini lebih mirip kepada berfahaman liberal dan komunis. Jika berlaku, sudah pasti orang Melayu dan Islam hanya tinggal sejarah buat selama-lamanya.


Penasihat PKR jadi Perdana Menteri boleh bawa kemusnahan negara

Kuala Lumpur: Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.

Itulah ingatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan. Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun, berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan. 

Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa, malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk ‘gemparkan’ bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan.

“Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya.

“Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan. Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai,” katanya dalam entri terkini bertajuk ‘Perubahan’ dalam blog chedet.cc semalam. 

Justeru, Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998.

“Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar. Kos import meningkat, begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya. PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.

“Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun,” kata Mahathir.

Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara.

Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi.



-

Thursday, 3 January 2013

Wajib Baca: Ini Raja segala Raja Penipu Yang Kantoi


Setelah kegagalan dan pembongkaran penipuan anak-anak didik Raja Penipu, Anwar China Doll, maka Anwar China Doll pula yang bersuara. Kali Raja Penipu ni cuba putar belitkan pula isu harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang sedang melonjak naik buat masa ini. 

Anwar China Doll di petik, harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teman pun hairan, saham FGV naik pun salah, turun lagi salah. Sepatutnya, Anwar Cina Doll si Raja Penipu ni tau selok belok bursa saham memandangkan Anwar China Doll ni bekas Menteri Kewangan. oppss..lupa. apa akademik Anwar? Sastera je pun.

Pasaran terbuka dan sesiapa pun membeli dan menjual "sell and buying". Anwar China Doll ni mendakwa hasil penilaian bank yang menunjukkan harga saham tersebut adalah kenaikan buatan tanpa menyebut mana-mana analisis bank yang khusus. Anwar China Doll ni main sebut je. Tak berani pun nak sebut nama bank tu pun.

Inilah manusia yang berlagak pandai, tapi dilihat bodoh. Manusia jenis suka menuduh tapi tiada bukti. Anak-anak didik dah kantoi, raja Penipu lagi la kantoi. Suka baling batu sembunyi tangan. 
-

Agenda Yahudi Yang Patut Anda Lihat



Mahkamah Tinggi Israel membenarkan permohonan kelompok Yahudi Regavim untuk merobohkan masjid-masjid di Palestin.

Malah, anggota tentera itu dikerahkan untuk menghancurkan masjid yang berada di kawasan berbukit juga.

Menurut beberapa sumber rakyat di Palestin memberitahu bahawa Regavim membangkang kedudukan masjid di wilayah Palestin itu sebagai perkara yang menyalahi undang-undang. Struktur bangunan yang menyalahi peraturan menjadi alasan pihak mahkamah untuk membenarkan kumpulan itu bertindak ke atas masjid-masjid.

Rakyat tempatan Palestin cuba menghalang aksi vandalisme itu. Namun ia dibalas melalui laman milik Israel Ynetnews, bahawa tentangan pendudukan Palestin tidak dilayan oleh tentera dan peralatan mereka.

Tentera mereka akan terus memporak-perandakan dalam kawasan masjid semasa proses merobohkan masjid. Laman itu juga dengan terang-terangan mengatakan kitab suci al-Quran telah dipijak-pijak oleh unit tentera mereka apabila memasuki masjid tersebut.

Adakah kita hanya mendengar sahaja tentang penghinaan terhadap agama Islam dan penyeksaan yang berlaku kepada saudara seislam kita yang berada di Palestin?

Bantulah mereka. Hulurkan sumbangan dan bantuan kewangan anda ke akaun Maybank, Sinar Karangkraf, 506164-019988 atau terus menghubungi Sekretariat Sinar Harian, Wan Norhasfiza Megat Hussain di talian 03-51013820.

Setakat petang semalam, Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar Harian sudah mencecah RM158,150.88.

Sumber
-

Saturday, 29 December 2012

GEMPAR: BERSIH TUNTUT DIHALALKAN LBGT


Siapa tak kenal penganjur Perhimpunan Bersih.  Siapa yang tak kenal Ambiga LBGT.  Semua orang kenal. Terkenal dengan sikap kurang ajar menuntut hak golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual (LBGT). Sikap kurang ajar bertambah bila ada Melayu-Melayu Murtad yang bersengkongkol dengan malaun ni.  Tambah pula Anwar China Doll dan PAS yang dah jadi Kristian menyokong berpikul-pikul membawa ahli-ahli yang bodoh biul terjun ke lembah kemurtadan.

Teman nak ulas sikit tentang tuntutan BERSIH. Menurut laporan Sinar Harian, meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai.

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini.  

Teman tanya la, lu sapa? Kenapa pulak SPR kena ikut telunjuk Bersih. Semua hukuman dan arahan yang kome bagi, wajib SPR ikut. Apa punya bodohnya! Kome dah jadi tuhan ke apa? Hairan la dengan manusia-manusia murtad ni.  Kata tuntutan rakyat, hak rakyat tapi rakyat Malaysia lebih 28 juta orang, Bersih ni pulak berapa kerat je. 1,000, 10,000, 100,000 tak lebih dari itu.  Apakah itu dipanggil sebagai tuntutan rakyat? Jangan la memperbodohkan rakyat dengan perkataan "hak rakyat", "pembayar cukai" dan apa-apa lagi yang puak-puak LBGT ni sebut. Perkataan "pembayar cukai tu pun,Dalam golongan peserta Himpunan Bersih yang didakwa menuntut hak rakyat da pembayar cukai, berapa kerat aje yang membayar cukai dan lari daripada cukai? pirahh! Jangan nak bodoh-bodoh kan orang!ptuiii!!
-

Thursday, 27 December 2012

DEDAH: ANWAR DESAK PAS SETUJU TUNTUTAN GUAN ENG


Anwar China Doll nampak sangat menggelabah badak bila isu Kalimah Allah menjadi bebanan besar kepada Pakatan Rakyat.  Anwar China Doll dilaporkan akan mengadakan mesyuarat khas Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu ini.  Teman rasa lah. Anwar China Doll akan desak pulak PAS setuju tuntutan Guan Eng untuk guna Kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.  Anwar China Doll pernah berkata Kalimah Allah hak Kristian. Kalau kome tak percaya, tengok Video pengakuan Anwar dibawah.

Tambahan pulak ada Karpal Singh join sama dalam mesyuarat tu, confirm Hadi Awang dan Nik Aziz terkencing kena gertak supaya setuju dengan tuntuan tersebut.  Paling kurang pun akan kata, kami bersetuju untuk tidak bersetuju.  Ayat paling power dan kaki pembelit putar alam tahap gaban.
-

Wednesday, 26 December 2012

BUKTI ANWAR IBRAHIM SOKONG GUAN ENG GUNA KALIMAH ALLAH


Teman rasa Anwar China Doll ni dah murtad. Dah bukan beragama Islam. Demi untuk meraih undi, sanggup korban agama dan maruah Islam. Dengan landasan kebesasan bersuara dan hak, maka Anwar China Doll lacurkan agama pegangannya. Jauhkan lah orang-orang sebegini untuk menjadi pemimpin negara.  Ini video bukti Anwar China Doll melacurkan Kalimah Allah demi cita-cita peribadi.  Anwar sudah KAFIRRR!!!!


-

Tuesday, 25 December 2012

ANWAR KENA TEMPIAS LAGI! NASIB LA..


Teman sakit hati sangat bila Pakatan Rakyat asyik nak menghuru harakan negara.  Dari reformasi hinggalah ke berbagai-bagai himpunan macam-macam warna.  Colourful sesangat.  Hijau ada, kuning ada, oren pun ada.  Lepaih ni teman rasa warna purple le pulak.  Kalau tak merusuh tu, bukanlah namanya Pakatan Rakyat.  Kalau nak bergaduh tu, bukanlah namanya PKR, Kalau nak keluarkan fatwa songsang tu bukanlah namanya PAS dan DAP yang rasis dan cauvanist.

Maka, tak hairanlah bila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersungguh-sungguh mengajak rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini untuk terus mempertahankan dan menyemarakkan keharmonian serta keamanan yang dikecapi selama ini.  Menurut laporan Bernama, Muhyiddin berkata kejayaan negara menempa kemajuan dan kemakmuran bersama bergantung kepada sejauh mana keharmonian yang dikecapi hari ini dapat terus disemarakkan.

"Kita bersyukur kerana di Malaysia, rakyat berbilang kaum dan agama dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana yang aman dan harmoni," 

Kebimbangan Muhyiddin ada asasnya dimana seringkali  isu perkauman sering dimainkan Pakatan Rakyat bagi meraih undi dan mencemarkan keharmonian negara.  Orang yang sebeginikah yang mahu kome pilih?  Asyik nak merosakkan negara..
-

ANWAR KANTOI KATA MALAYSIA AKAN BANGKRAP


Anwar China Doll menjaja keseluruh pelusuk negara dakwa Malaysia akan menuju kemusnahan dan kebangkrapan akibat perlaksanaan dasar-dasar melalui Bajet 2013.  Teman tak rasa Anwar China Doll ni faham tentang kewangan sedikit pun.  Teman pun pelik, seorang yang berkelulusan sastera bercakap tentang kewangan negara, dan orang boleh percaya.  Jika didengar ceramahnya, langit pun boleh runtuh, bumi boleh terbelah.  Begitulah hebatnya pidato basi Anwar China Doll menjelajah keseluruh negara.

Jika setakat menunjukkan carta-carta dan angka-angka palsu di layar skrin yang tiada bukti nyata di sepanjang jelajah fitnah Anwar China Doll ini apa nak heran. Cipta aje angka-angka yang sedap dipandang dan jaja keseluruh negara.  Mudah je. Janji la sesedap hati, tapi sendiri yang kata manifesto bukan janji.  Itu pun masih ada yang kena pukau dengan pidato palsu Anwar China Doll ni.  Malah ada mulut yang tengangga hingga dimasuki lalat jingga..
-

Wednesday, 19 December 2012

HOT: HJ HADI AWANG JADI CALON UTAMA PERDANA MENTERI PAKATAN


Teman ingat dah selesai Pakatan Rakyat memilih Anwar China Doll jadi Perdana Menteri jika Pakatan memerintah.  Rupanya ada masalah lagi le.eh..eh. Hj Hadi awang pun nak jadi PM.  Pakatan yang jadi pakatan yang rapuh.  Sebenarnya deme ni nak jawatan je, bukan sangat nak membela rakyat.  Perjuangan untuk rakyat hanyalah perkataan untuk memancing undi semata-mata.  deme dah kata, Manifesto bukan janji, jadi deme tabur janji je le ikut suka mak bapak deme.  Bukannya nak tunaikan pun..

Menurut laporan Freemalaysiatoday, PKR mahu isu jawatan Perdana Menteri di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat diberi perhatian segera agar ia tidak mempengaruhi pandangan rakyat hingga menimbulkan kekeliruan. PAs pulak berdolak dalik, sekejap kata tunggu calon yang menag dulu, sekejap kata Hj Hadi Awang calon PM.  DAP kata dah setuju Anwar China Doll jadi PM, tapi Kit Siang dan Guan Eng masih membisu!  Apa cerita! Cakap berbelit-belit.  Yang mana satu betul ni.  Isu siapa jadi PM pun deme berbalah, ni kan pulak nak perintah negara.  Mesti haru biru dibuatnya.  Kome pikio le elok, orang jenis ni ke kome nak pilih!..
-

Tuesday, 18 December 2012

BREAKING VIDEO: JOGET ANWAR IBRAHIM


Anwar! Anwar!  Baik punya joget! Video joget Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sambutan malam mesra Deepavali Keadilan dan video Anwar berjoget semasa sambutan perayaan Ponggal di Kinta Valley, Batu Gajah, Perak.  Inilah bakal Perdana Menteri yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Rakyat.  Kaki joget tak ingat dunia.  China Doll tetap dingatan..heee..



-

Saturday, 15 December 2012

EDISI KANTOI BLOGGER PAKATAN, KAN DAH KENA SEBIJIK!


Teman kadang-kadang naik gelak dengan cai-cai Blogger Pakatan Rakyat ni.  Isu-isu yang ditimbulkan hanyalah berbentuk persepsi dan rekaan semata-mata.  Ye le.  Memang la tujuan cai-cai Blogger Pakatan Rakyat ini hanyalah untuk menimbulkan persepsi rakyat di alam siber.  Tapi kadang-kadang jadi lawak pulak pun ada.  Hakikatnya, boleh dijadikan bahan lawak semata-mata.  Sekadar hiburan alam siber tak lebih dari itu.  Teman orang baru dalam alam siber ni, dan teman tak berniat nak bermusuh dengan sesiapa.  Tapi cuba la bagi fakta yang bernas sikit.  baru la orang respect.  Tak gitu!


Ini ada satu Blog malaysianwaves.net yang mencabar untuk DS Najib untuk berdebat dengan Anwar China Doll atas 10 alasan-alasan seperti di atas.  Teman rasa kome pun boleh jawab 10 soalan tu, tak payah suruh DS Najib berdebat pun.  Teman rasa nak jawab tapi dah ada Anonymous yang tukang jawab, kira dah ok la tu! Kome baca la jawapan Anonymous yang mengomen entry blog ini.  Cukup simple, tepat dan berkesan.




-

Friday, 14 December 2012

BONGKAR: PKR AGENSI FREEMANSON & ILLUMINATI DI MALAYSIA!


Teman tak perasan ada pengakuan terbuka Parti Keadilan Rakyat mengenai hubungan PKR dengan Freemanson dan Illuminati.  Tapi bila perhati betul-betul, memang sah logo PKR hampir serupa dengan logo berkaitan Fremanson dan Illminati.  Kan dah kantoi!  Ini lah parti yang kome ikut seperti mengikut telunjuk Yahudi dan Israel yang membunuh jutaan umat Islam di Palestin.  Parti ini kome nak undi ke?  Mengundi PKR bagai membunuh rakyat Palestin dan mengkhianati Islam.  PAS yang bersengkokongkol dengan PKR ini bersubahat seperti memberi peluru untuk membunuh umat Islam. DAP dah memang kapio, tak payah nak cerita dah weh!  Dah memang nak wujudkan Negara Kristian di Malaysia.  Apa nak heran.  Yang heran kome yang Islam tu menyokong membuta tuli tak tentu pasal.  Lepaih tu jadi barua DAP pulak.  Elok la tu!

Kome tengok la gambar kaitan Freemanson dan Illuminati dengan PKR.  Kome nilaika sendiri.  kalau kome nak lagi kome tengok kat Blog Pena Minang kat SINI






-

Thursday, 13 December 2012

APA LAGI ANWAR IBRAHIM NAK SPIN? CUBA TRY TEST TENGOK

Pening aku, apa lagi aku nak spin ni!


PUTRAJAYA: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan RM12.3 bilion dan mewujudkan 16,335 pekerjaan sehingga ini, kata Ketua Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafiq. 

Tahun lalu, katanya wilayah itu menarik pelaburan RM9.9 bilion dan mewujudkan 10,369 peluang pekerjaan. 


Beliau berkata pelaburan utama diperoleh dari sektor pertanian dan pembuatan, dengan penyertaan kukuh dari pelabur Jepun. 

"Penyertaan sektor swasta tempatan di dalam wilayah ekonomi itu berkembang kepada 39 peratus daripada 19.4 peratus pada tahun lalu," katanya selepas bertukar-tukar memorandum perjanjian (MOA) dengan empat syarikat, yang disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini. 

Syarikat itu ialah Cypark Resources Bhd, Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd, TS Solartech Sdn Bhd dan Toyo Tires Manufacturing (M) Sdn Bhd.

MOA itu menyaksikan syarikat berkenaan, yang terlibat di dalam sektor tenaga diperbaharui dan kenderaan motor, mengembangkan perniagaan masing-masing dengan membina kilang baru dan meneroka peluang baharu di dalam wilayah ekonomi itu. 

Sepanjang tahun ini, katanya NCIA telah melaksanakan 26 "engagement" dengan sektor swasta, 58 inisiatif peringkat sektor dan enam inisiatif logistik wilayah. 
Katanya wilayah itu dijangka menerima limpahan RM500 juta dari sektor swasta tempatan pada tahun depan. 

Katanya penyertaan sektor swasta dijangka sekitar 25 peratus dengan mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan. 

Redza berkata NCER akan memasuki fasa pembangunan kedua pada tahun depan sehingga 2020 bagi mencatatkan asas kukuh menjadikan wilayah itu wilayah ekonomi berkelas dunia menjelang 2025. 

"NCIA akan mengkaji meningkatkan penglibatan sektor swasta, yang termasuk mewujudkan rangkaian perniagaan dengan memupuk hubungan asing dan domestik." 

"Matlamat akhirnya ialah untuk membawa pertumbuhan dengan ekuiti sosial di dalam koridor utara dengan menjadikannya satu wilayah yang dipelbagaikan yang terkemuka di segi kluster perniagaannya, dengan penjanaan kuasa membeli melalui usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan," katanya. 

Antara usaha lain yang akan dilaksanakan pada tahun depan termasuk 36 inisiatif penyelidikan dan pembangunan, 16 inisiatif kluster, dua inkubator yang beroperasi dan 16 inisiatif pemangkin bagi menjana penyertaan sektor swasta, katanya. 

Sebelum itu, Redza mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan perkembangan dan hala tuju NCER. 

"Perdana Menteri juga memberikan lampu hijau dan beliau sangat berpuas hati," katanya. 

Redza berkata pertemuan itu juga menetapkan sasaran pelaburan bagi tahun depan, tetapi beliau enggan mendedahkan angka berkenaan. - BERNAMA

-

Tuesday, 11 December 2012

INI BARU BETUL! ANWAR CHINA DOLL SANGGAP LAGI LA.



Hah! Ini baru katakan betul.  Kalau tak betul, tak janji la wehh!  Kome tengok nanti Anwar China Doll sanggap giler buat Himpunan  Kebangkitan Rakyat satu dunia beb!  Confirm tak giler , jadi sawan..heee

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.

Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang. "Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir)Barisan Nasional (BN).

"Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar, malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkan sebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85 bilion.

Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta.

Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa.

"Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor, mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64 juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya.

Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.

Beliau berkata seperti contoh, Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Disember ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas.

"Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan di Selangor Agro Fest ada konsert dan pesta.

"Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam. Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya. - BERNAMA
-

SAH! ANWAR MEMANG DAH SANGGAP


Sanggap ek!Teman rasa Anwar China Doll dah bukti dirinya sanggap badak!  Lama dah tak dapat letteww..Mana taknya, mengelabah jelajah satu Malaysia menabur janji-janji kosong.  Nak bagi itu, nak ini pada rakyat jika dapat memerintah.  Buat Himpunan Kebangkitan Rakyat.  Buat janji.  Tawaran mega la konon.  Tawaran Mega 3 + 6.  Wei!  Malaysia ni bukan supermarket boleh buat sesuka hati mak bapak kome...

Pilihanraya 2008 pun dah tabur janji tapi tak laksana jugak.  Tak buat juga.  Kome yang kata manifesto bukan janji, maka tak patut ditunaikan.  Kome dah perintah 4 negeri.  Tapi tak namapak apa pun.  Yang nampak kome sapu kekayaan negeri tu adalah.  Betul kan..Habis tu rakyat boleh percaya ka pada Anwar China Doll ni.  Kuat penipu.  Malaysia pun sanggup dia jual asalkan dapat jadi Perdana Menteri.  Alasan boleh bagi la wei!!!Teman pun boleh..apa!
-

Monday, 10 December 2012

DEDAH: SEBAB APA ANWAR IBRAHIM TAK BOLEH MASUK JOHOR



Hah!  Baru la teman tau sebab apa Anwar China Doll tak boleh masuk ke Johor.  Banyak sangat sebabnya.  Selain kaki fitnah dan tukang tabur janji kosong., ada sebab lain rupanya.  Tak sangka rakyat Johor semua dah tahu.  Seba tu la Anwar China Doll suruh pulak DAP yang pegi serang Johor.  Dia sendiri tak boleh nam masuk.  Sian dia.

Bernama melapor Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri. 


"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan mengenai penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri, di sini hari ini. 

Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata, Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan. 

Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Datuk Hoo Seong Chang berkata, dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat. 

Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di sini. 
"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar; Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Baharu; Kota Tinggi; Pontian; Taman Maju Jaya di Labis; Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya. 

Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata. - BERNAMA 

-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...