Sunday 24 February 2013

Nik Aziz Jual Tanah Rakyat Pada Tiga Syarikat Bukan Bumiputera


Selepas berdepan tuntutan daripada peneroka yang terlibat dalam isu Ladang Rakyat di Gua Musang baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan terus ditekan apabila lebih 100 penduduk dan peneroka di Pasir Pekan Hilir dekat sini berhimpun secara aman semalam.


Mereka mengemukakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing Sungai Kelantan kepada tiga syarikat swasta yang bukan milik Bumiputera.

Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran tanah kerana mendakwa, mereka dijanjikan pemimpin itu sekitar tahun 1990-an berhubung perkara tersebut.

Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa, tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula meneroka tanah di situ.

“Dahulu, selepas lama kami meneroka, kerajaan negeri memberitahu, tanah ini akan diambil untuk tebus guna, ada perancangan untuk membangunkannya tetapi setiap pemilik rumah akan diberikan geran.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...