Kepulangan penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda, tetapi mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu, model Mongolia yang mati dibunuh, diberikan sambutan besar-besaran oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun semuanya tahu bahawa Balasubramaniam balik ke Malaysia selepas punca kewangannya menarik diri dan tidak lagi menaja kehidupannya dan keluarga di Chennai, India, namun para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, cuba menterbalikkan fakta tersebut.
Sehingga sekarang, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dan PKR, masih lagi menekankan dan cuba membuatkan rakyat Malaysia percaya bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Para pecacai Pakatan, biarpun telah diberikan fakta dan sanggahan terhadap tohmahan dan fitnah mereka, masih lagi meneruskan kerja-kerja jahat dan hodoh demi sebuah kuasa Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Sehingga sekarang, para pecacai Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan keseluruhan Pakatan Rakyat, masih tidak menarik balik tohmahan serta fitnah mereka, bahkan masih berusaha untuk memperkemas serta menajamkan fitnah mereka dengan kaitan apa-apa sahaja, asalkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor boleh dikaitkan.
Justeru kepulangan P.I Balasubramaniam yang disambut oleh hampir 50 orang pemeluk akidah Pakatan Rakyat termasuklah para pemimpin mereka di KLIA, kembali menghidupkan peluang buat Anwar Ibrahim pada fasa terakhir. Namun selain daripada masalah pendana yang tidak lagi mahu meneruskan pemberian wang kepada Balasubramaniam, sebenarnya lelaki India itu juga perlu memberikan banyak penjelasan tentang banyak perkara.
P.Balasubramaniam merupakan bekas anggota polis yang telah dipecat kerana melakukan RASUAH ketika menjalankan tugas.
P.Balasubramaniam terpaksa mencipta atau merekayasa cerita bohong serta karut tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu apabila dia ditangkap setelah menyonglap RM50,000 duit milik Razak Baginda. Wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shiiribu di Hotel Malaya. Balasubramaniam juga telah diketahui telah melakukan hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu tidak lama sebelum wanita itu dibunuh akibat salah faham arahan oleh Sirul dan Azilah.
Ada maklumat yang mengatakan, Razak Baginda meninggalkan Altantuya Shiiribu apabila mengetahui hubungan sulit wanita itu dengan Balasubramaniam yang telah diupah untuk 'menjaga' wanita jelita berkenaan. Besar kemungkinan jugalah, Balasubramaniam yang mengeluarkan arahan agar Altantuya Shiiribu dibunuh kepada Sirul dan Azilah dengan mengakalkan mereka kononnya, arahan tersebut datangnya daripada Razak. Balasubramaniam berbuat begitu agar tembelang dia mencuri duit Razak tidak diketahui sampai bila-bila.
Orang pertama yang memasyhurkan cerita tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu dan mengaitkannya dengan Najib Abdul Razak serta Rosmah Mansor adalah Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK. RPK sudah lama menarik balik ceritanya dan sudah pun 'membetulkannya'. Bahkan dia mengakui, semua cerita tersebut adalah rekaannya semata-mata dengan beberapa nama individu sebenarnya tidak wujud. Namun 'pembetulan yang dilakukan oleh RPK, kurang dipedulikan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan, sebaliknya mereka terus berusaha menggunakan fakta-fakta karangan RPK dengan menjadikannya sebagai cerita dongeng.
P.Balasubramaniam mencipta cerita dalam Akuan Bersumpahnya yang pertama, kononnya Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu Altantuya dibunuh. Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjaja cerita tersebut. Namun akhirnya bukti terpacul yang menunjukkan pada tarikh dan masa di mana Balasubramaniam mendakwa kononnya Rosmah Mansor membunuh wanita Mongolia tersebut, Rosmah Mansor sebenarnya berada dalam satu majlis bersama anak-anak yatim.
Najib Abdul Razak yang cuba dikaitkan juga, telah bersumpah laknat, tidak mengenali bahkan tidak pernah berhubungan dengan wanita Mongolia tersebut. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, bersusah payah cuba mendapatkan bantuan daripada PAS agar dia tidak perlu bersumpah laknat atas beberapa tuduhannya terhadap Najib dan Rosmah termasuklah video lucahnya bersama-sama seorang pelacur dari China.
Sumber
No comments:
Post a Comment