Monday 25 February 2013

Calon PAS DUN Paka Rembat Duit Peneroka Felda RM1.4 Juta?



Duit peneroka Felda RM1.4 juta lesap! Geran tanah entah ke mana dan Pengerusi JSR pun hilangkan diri – Itu yang berlaku setelah kejatuhan Kerajaan PAS Terengganu pada Mac 2004.

Bekas ADUN PAS Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang merancang kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Bandar Ketengah Jaya, Rasau, Dungun pada tahun 2002 senyap seribu bahasa.

Paling tidak pun, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu itu boleh berkata, “Itu Semua Salah UMNO Kerana UMNO Zalim”.

Dalam laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa, Mohamad Rosdi Fauzi pada 22 Februari 2013 di Balai Polis Ketengah Jaya mencatatkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya.


Entah prosedur dari mana yang digunakan Kerajaan PAS ketika itu, setiap peserta telah diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004.

Kenapa peserta perlu membayar RM1,300 untuk dapatkan lot RTB? Penduduk mendakwa, bayaran itu diminta Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan Pejabat ADUN Paka.

Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran. Boleh pemimpin PAS atau Satiful Bahri jelaskan kenapa pemohon perlu membayar sehingga RM1,300.

Mana Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman dalam isu ini?

Bukan seorang atau dua orang yang tertipu, jumlahnya 1,080 peserta. PAS dengan duit sukar untuk dipisahkan, kira-kira RM1.4 juta lesap. Selepas pilihanraya umum pada 2004, Pengerusi JSR juga tidak dapat dikesan.

Tuntut mereka, “Kembalikan Duit Kami”. Calon PAS DUN Paka, Satiful Bahri yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut, bertanggungjawab lah kamu dalam penipuan ini!

Turut menjadi mangsa penipuan Kerajaan PAS ketika itu, peserta RTB Kawasan Beril, Mukim Kuala Paka dimana temuduga untuk peserta RTB berkenaan diadakan di Pejabat ADUN Paka, Satiful Bahri pada 1 Julai 2002.

Majlis penyampaian surat kelulusan dan undi lot RTB itu diadakan pada 11 Mac 2004 di Tebing Tembah, Paka. Mangsa memberitahu, nombor lot tanah ada tetapi lot tanah tidak ada! Hairan bin Ajaib cara pemerintahan PAS di Terengganu.

Sumber


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...