Monday, 25 February 2013

Sokongan Rakyat P.Pinang Terhadap BN Meningkat


Waduh! Guan Eng Weh! Apa macam! Ini statement ada baik punya! Rakyat Pulau Pinang sudah balik kepangkuan jalan. Sudah mahu undi BN ma! Lu apa bikin.. Bikin rumah besar-besar, juta-juta punya halaga woo! Mahai la. Itu olang singapore jugak ada beli. Malaysia punya olang talak loii woo..

Sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berikutan kesedaran yang tinggi bahawa kerajaan DAP selama ini cuba mengelirukan mereka dengan mempromosi kebaikan diri sendiri.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sebuah negeri yang kecil seperti Pulau Pinang memerlukan perancangan teliti untuk memelihara kelestariannya di samping terus mengutamakan kebajikan rakyat.

"Pendapatan Pulau Pinang adalah kecil kerana tidak mempunyai balak dan kuari. Mereka terpaksa menjual tanah untuk menambah pendapatan tetapi tanah pula terhad dan ia diterjemahkan dengan harga rumah yang lebih tinggi.

"Oleh kerana itu kerajaan DAP Pulau Pinang kini terpaksa bergantung kepada premium tanah sebagai sumber pendapatan negeri menyebabkan pulau kini hanya untuk orang kaya dan menjadi pulau botak kerana terpaksa dipotong untuk projek pembangunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan upacara sembahyang di kuil Kek Lok Si, Ayer Itam, di sini, Ahad, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dr Chua berkata terdapat kira-kira 100,000 isi rumah berpendapatan bawah RM7,000 sebulan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rumah mampu milik kerana tidak banyak rumah di bawah harga RM400,000.

"Saya percaya jika Ketua Menteri Lim Guan Eng diberi lima tahun lagi untuk memerintah negeri ini, dia tidak mempunyai tanah lagi untuk dijual untuk menjadi sumber pendapatan negeri.

"Dengan memberi peluang kepada BN, Pulau Pinang akan kembali membangun kerana kita mempunyai pelan induk untuk membangunkan pelancongan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan mewujudkan pusat pemunggahan," katanya.

Dr Chua turut menasihati pengundi di Selangor agar menolak kerajaan pakatan pembangkang kerana mengamalkan politik yang memusnahkan diri apabila sanggup menggantung semua projek kerajaan persekutuan semata-mata untuk menunjuk kuasa.

Beliau berkata akibat daripada tindakan pakatan pembangkang itu, rakyat yang sebelum ini memberi mereka undi dengan harapan menikmati kehidupan lebih baik, sebaliknya hidup menderita.

"Apa yang diluluskan Kerajaan Pusat adalah untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk syok (seronok) sendiri, bukan untuk Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) atau penyokong BN, ia untuk semua orang.

"Apa yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri Selangor adalah untuk menunjukkan kuasa. Siapa yang akan menderita? Rakyat akan menderita dan rakyat patut protes," katanya.

Sementara itu, beliau berkata MCA memberi sumbangan sebanyak RM200,000 kepada kuil Kek Lok Si yang merancang untuk membina sebuah hospital lima tingkat mengandungi 50 katil untuk orang kurang mampu.

"Saya berharap rancangan itu mendapat sambutan pelbagai pihak dan menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembinaan hospital itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...