Thursday 28 February 2013

Cybertrooper Penipu dan Pembohong Kata Pengarang The Star


Adeeh! Teman tak nak menghina mana-mana wartawan atau dengan perkataan yang lebih sedap sebagai jurnalis. Mengapa teman kata macam tu? Sebab deme-deme ni rata-ratanya adalah dikalangan yang mempunyai akademik berkaitan dengan jurnalisma.  Hebat dan terpelajar. Sepatutnya lebih hebat daripada yang digelar oleh Pengarang The Star, Wong Sai Wan sebagai "Cybertrooper".

Tuduhan Wong Sai Wan terhadap "Cybertrooper" sebagai pembohong dan penipu agak keterlaluan.  Teman tak faham sangat tuduhan tersebut ditujukan kepada siapa sebenarnya, samada pihak Pro Kerajaan ataupun Pro Pembangkang. Sepatutnya sebagai pengarang, dia lebih bijak menilai dan lebih spesifik tuduhan tersebut dilemparkan. Jangan main serkap jarang sesuka hati hingga habis semuanya terpalit.

Sebagai pengarang, dia harus memberikan hujah mengenai tuduhan tersebut. "Facts and Figures". Bukan setakat tangkap muat sahaja. Teman nak ingatkan jangan menyolok sarang tebuan kerana tebuan itu banyak. Sekali menyerang, habis bengkak seluruh badan..Fikir sebelum bercakap..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...