Sunday, 24 February 2013

BONGKAR! Bukti Harakah Daily Penyebar Berita Palsu


Uiks! Apa dah jadi! Sebelum ni berduyun-duyun blogger Berbayar PR kutip cerita kat Harakahdaily ni. Pasal kenyataan Raja Nazrin bertajuk "Antara PAS dan UMNO". Tiba-tiba tak sampai 24 jam artikel tersebut telah ditarik balik. Kenapa ek? Atas alasan "Kandungan surat ini telah kami tarik balik setelah diberitahu ia tidak tepat dengan apa yang dititahkan oleh Tuanku Raka Nazrin dalam titah baginda". Mudahnya! macam tu aje?

Secara moralnya, harakahdaily adalah akhbar mengutip apa sahaja tanpa mengetahui sumber sebenar. Boleh dikatakan akhbar tong sampah. Siapa yang membuang akansegera diambil oleh editor harakahdaily. Asalkan ada berita yang menyebelahi PAS dan Pakatan Rakyat. Tak kisahlah samada dari sumber sahih atau sumber berunsur fitnah! Adakah editor harakahdaily sedar bahawa berduyun-duyun blogger Berbayar Pakatan Rakyat telah mengutip dan menyebarkan berita palsu ini hingga tak tersekat. Dikata ada yang melompat-lompat keseronokan macam kera kerana Raja Nazrin didakwa menyokong PAS secara terbuka. Bayangkan kerosakan yang telah dibuat oleh Harakahdaily.

Teman yakin, kerja-kerja kotor ini tak akan berhenti disini sahaja. Selepas ini mungkin akan ada lagi berita-berita berunsur fitnah di dalam akhbar-akhbar pro Pakatan Rakyat dan setelah disebarkan secara meluas akan ditarik balik kerana alasan-alasan sumber yang tidak tepat dan segala bagai. Untuk makluman editor-editor yang terlalu pandai dan cerdik mendakwa belajar tinggi melangit, teknik ini telah dibuat dibeberapa negara barat bagi tujuan menjatuhkan pemimpin dan kerajaan. Jangan ingat rakyat buta huruf dan IT. Harus diingat, hanya pencuri sahaja yang boleh menangkap pencuri. "Be Aware"...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...