Dalam dunia ini, siapakah di kalangan manusia yang seronok, gembira dan bangga jika dirinya disifatkan sebagai “ayam” dan “lembu”? Siapakah yang rela diri mereka untuk diibaratkan sebagai haiwan yang punya otak tapi tak punya akal?
Saya yakin, tidak ada seorang pun manusia yang suka jika diri mereka disamakan dengan “binatang”, melainkan mereke-mereka yang disahkan mengalami sakit jiwa dan gila. Itu pun belum tentu orang gila itu suka digelar sebagai haiwan, silap-silap dia kejar dengan parang!
Namun itulah yang terpaksa ditelan oleh jutaan rakyat Malaysia tidak mengira agama atau bangsa yang menerima bantuan BR1M baru-baru ini.
Apakah kerana mereka kurang berkemampuan dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 maka melayakkan mereka disifatkan sebagai “ayam” dan “lembu”?
Kalaulah kenyataan yang menyifatkan mereka sebagai “haiwan” itu datangnya dari seorang yang berkali-kali tidak lulus SRP seperti Mahfuz Omar, mungkin kita dapat memaafkannya kerana ia terbit dari mulut seorang yang agak rendah mutu akhlaknya.
Namun apabila fatwa menyamakan penerima BR1M itu sebagai haiwan itu “difatwakan” oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, saya yakin ramai yang terperanjat dengan akhlak “terpuji” yang dipamerkan oleh “Tok Guru” itu.
Mentang-mentanglah dia berjawatan Menteri Besar, bergaji besar, berkereta besar, berumah besar dan bercita-cita besar mahu menjajah Putrajaya, maka itu mewajarkan Nik Aziz menyifatkan rakyat Malaysia yang menerima BR1M sebagai “haiwan”?
Media melaporkan bahawa bukan setakat ahli politik dan para Mufti yang marah pada Nik Aziz atas perumpamaannya itu, malah rakyat yang tidak layak menerima BR1M pun marah padanya di atas kenyataan yang tidak wajar itu. Apatah lagi penerima BR1M, lagilah mereka marah!
Malah tanpa rasa bersalah, Nik Aziz tetap mempertahankan kenyataannya itu meskipun didesak rakyat yang rasa terhina dengan penghinaan yang dilemparkan oleh “nabi PAS” itu.
Persoalannya, apakah ini akhlak seorang “Tok Guru” yang didewa-dewakan oleh para penganut “agama PAS” sebagai seorang yang terpuji moralnya?
Entahlah. Mungkin inilah jadinya bila “ulama akhir zaman” teringin sangat mengejar kuasa yang bersifat duniawi dan bertukar menjadi “ulama politik”, kan? Nauzubillahi min zalik…
Suara Generasi Baru
* Siapa sebenarNya Nik Aziz & Haji Hadi di sisi Allah : alQuran ?.
ReplyDelete* Apakah Tauhid Nik Aziz terhadap (zat) Allah maha Esa yg satu ?
* Apakah Aktiqad Nik Aziz terhadap Hak2 Mutlaq (zat) Allah ?.
* Apakah AQIDAH Nik Aziz terhadap petunjuk Allah : alQuran ?.
* SesungguhNya Akhlaq Nik Aziz dapat di saksikan oleh semua dari kalangan yg belum di tutupkan pintu Akal & pintu Qalbu oleh Allah... maka tiada siapa pun dapat menolongNya lagi.