Tuesday, 26 February 2013

Songkok Dr Asri Tertanggal Di London



Lihatlah wajah seorang yang kononnya ulamak besar dan terhebat di Malaysia yang mula mengejar glamor dan cuba membina nama seperti penceramah pentas politik Pas. Hanya kerana beliau pernah menjadi Mufti Negeri maka apakah itu dijadikan batu loncatan untuk beliau sebegitu berani mengeluarkan 'fatwa' murahan demi sesuap nasi ?

Terlalu banyak isu yang beliau cetuskan hanya kerana nak mengejar dan mengekalkan populariti sebagai Ulama Negara ? Malah beliau dilihat sedaya upaya ingin menyaingi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi fenomena rakyat Malaysia pelbagai peringkat umur walau Azhar hanya dilihat menggunakan senjata 'humor' untuk membuka mulut pendengar agar ketawa disetiap kuliah beliau.

Semua isu MAZA dilihat cuba campuri, dari isu agama hinggakan isu BR1M. Terkini beliau membuat lontaran sinis dalam blog beliau sendiri ;

"...pelacur kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka...."

Apa maksud MAZA sebenarnya ?

Kalau nak menegur tak perlu berkias, ulama berkias bukan membawa apa-apa menafaat pada orang kampung yang miskin dan perlukan bantuan. Bahasa semantik bukan semua rakyat marhain faham dan bukan semua orang bijak pandai faham apa disebalik tafsiran mantik itu.

Kalau nak berkias ak perlu jadikan binatang sebagai perumpamaan, tak wajar jadikan PELACUR sebagai sandaran. Tak perlu bersuluh dalam terang dan tak perlu bersilat dalam suram. Sebagai kononnya ulama maka peribadi kena seperti pewaris Nabi bukan berwatak seperti bab* yang tahu menyondol tapi tak tahu undur !

Apakah niat MAZA ketika cerita sang Pelacur dijadikan bahan sindiran, kenapa pelacur ? Apakah kerana ketika berjalan di Kota London dahulu Dr Maza dilihat banyak masuk ke dalam PONDOK TALIPON AWAM ? Kenapa MI cuit bab Public Phone ? Siapa yang pernah ke London tahulah apa yang ada dalam Booth Public itu. Bukan nak menuduh tapi kenapa songkok dan kopiah Maza hilang di Kota Pelacur yang mana sah niaga body itu ?

Setakat nak berkias, semua penulis boleh berkias. Antara tahan dengan tidak saja telinga boleh menadah.

Apakah dengan lesen sebagai bekas Mufti Negeri maka kita boleh dengan mudah menidakkan kebaikan manusia lain ?

Apakah betul tafsiran hadis dan ilmu wahyu Allah itu ?
Apakah beliau sebagai rujukan Tafsir ?

Pernahkah MAZA terima upah ketika datang mengajar atau beri kuliah agama ? apakah percuma ? Kenapa ambil upah kalau pemberian itu kadang datangnya dari Kerajaan, samada Kerajaan Pusat atau Negeri.

Terlalu rapuh cara Maza nak berpolitik !
Terlalu murah harga diri orang miskin yang ditidakkan haknya !

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...