Showing posts with label Balak Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Balak Kelantan. Show all posts

Sunday, 24 February 2013

Nik Aziz Jual Tanah Rakyat Pada Tiga Syarikat Bukan Bumiputera


Selepas berdepan tuntutan daripada peneroka yang terlibat dalam isu Ladang Rakyat di Gua Musang baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan terus ditekan apabila lebih 100 penduduk dan peneroka di Pasir Pekan Hilir dekat sini berhimpun secara aman semalam.


Mereka mengemukakan bantahan terhadap tindakan Kerajaan Pas Kelantan yang didakwa memindah milik tanah seluas 400 hektar di tebing Sungai Kelantan kepada tiga syarikat swasta yang bukan milik Bumiputera.

Dalam demonstrasi aman pada pukul 11 pagi itu, penduduk terbabit turut mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya memberikan mereka geran tanah kerana mendakwa, mereka dijanjikan pemimpin itu sekitar tahun 1990-an berhubung perkara tersebut.

Seorang penduduk, Mohamad Ismail, 60, berkata, pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mengenai urusniaga tanah itu kelmarin menggemparkan penduduk yang mendakwa, tertipu dengan klausa tebus guna kepada mereka ketika mula-mula meneroka tanah di situ.

“Dahulu, selepas lama kami meneroka, kerajaan negeri memberitahu, tanah ini akan diambil untuk tebus guna, ada perancangan untuk membangunkannya tetapi setiap pemilik rumah akan diberikan geran.

Sumber
-

Saturday, 23 February 2013

Hadi Awang Terlupa Nik Aziz Rasuah Tanah Balak Kelantan Pada DAP



Teman rasa Hadi Awang ni dah nyanyok la kot. Tak pun terlupa ata saje-saje buat lupa. Hadi Awang kata kerajann dibawah pimpinan PR tak ada rasuah. Adeeh! 

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pemimpin pembangkang dan kerajaan negeri ditadbir pakatan pembangkang bebas daripada rasuah.

Dipetik Bernama, beliau juga mempersoal tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat berpendapatan rendah.

Sah lah, Hadi Awang ni dah nyanyok. Tak ingat ke bagaimana Nik Aziz nak pastikan Nizar Jamaluddin jadi MB Perak sampai rasuah Pemimpin DAP Perak tanah balak di Kelantan. Pemimpin DAP Perak tu dah mengaku. Itu apa cer? Satu pasal pemimpin PAS berzina dalam keretapi dan sapu bini orang tu, kenapa tak ingat lagi?  Dah lupa la tu...Kesian..sebab dah nyanyok tapi ada jugak simpan cita-cita nak jadi PM tuh! Heee..
-

Sunday, 23 December 2012

HOT: Akhirnya Ngeh dan Nga Kantoi Menipu


Bila dah kantoi, macam-macam la deme konar pulak.  Nik Aziz nafi, DAP kata PAs tikam belakang.  Itulah resmi Pakatan Rakyat, bila dah kantoi, macam-macam la kome ni!  Setahu teman, semua skandal Pakatan Rakyat semuanya ada bukti dan fakta.  Tapi fitnah Pakatan Rakyat pada UMNO/BN, cakap kosong je.  Tak ada bukti langsung tapi jaja seluruh negara.


Hairan kenapa Nik Aziz dan Kerajaan Negeri Kelantan bersilat berkuntau menafikan pemberian tanah tersebut kepada 2 beradik Ngeh dan Nga. Bukankah tanah tersebut dianugerahkan kepada YIK (Yayasan Islam Kelantan) salah satu agensi kerajaan negeri yang mengadakan usahasama dengan Upayapadu Sdn Bhd. 

Ngeh dan Nga punyai pegangan saham syarikat Upayapadu Sdn Bhd yang mengadakan usahasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Adakah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Nik Aziz tidak tahu menahu mengenai pindah milik ke tangan Ngeh dan Nga?

Setiausaha Akhbar Menteri Besar memaklumkan pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Tukar hak milik tanpa melalui proses tender terbuka dan telus? YIK adalah salah satu agensi kerajaan negeri, apa keistimewaan Upayapadu yang syarikat lain tidak ada ?

Kenapa Guan Eng mendiamkan diri apabila membabitkan Ngeh dan Nga.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengaku beliau dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri itu, melabur dalam syarikat Upaya Padu Sdn Bhd yang mendapat projek pembalakan di Kelantan.

ADUN Sitiawan dan Ahli Parlimen Beruas itu berkata, mereka menyertai perniagaan berkenaan selepas diajak oleh anak guam mereka untuk melabur. 

“Kami adalah sebahagian daripada pelabur dan semua transaksi diketahui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saya sudah tulis surat kepada LHDN,” katanya pada sidang media di sini semalam. 

Beliau mengulas dakwaan blog Pisau.net sebelum ini yang mendakwa mereka melalui Upaya Padu diberi tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang, Kelantan sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Kelmarin, EXCO Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, berkata carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesahkan Koo Ham dan Kor Ming adalah dua daripada enam ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Pisau kata " tanah milik yayasan Islam, tapi Ngeh dan Nga yang dapat... orang melayu PAS yang lain tak mampu nak buat kah projek ni hingga terpaksa bagi kat ngeh dan nga? Persoalan yang belum terjawap..kenapa Ngeh tuduh PAS tikam belakang?" (Pisau.net)
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...