Thursday, 28 February 2013

Hadi Orang Pertama Setuju Kalimah Allah Digunakan Kafir



Allah ada berfirman antaranya bermaksud 'Jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita'. Begitulah lebih kurang maksudnya. Kalau tersalah minta ampun minta maaf sebab penulis tak bermaksud hendak mempermain-mainkan firman Allah.

Dari seorang yang mengaku seorang ulama besar dalam Pas dengan rela hati menandatangani pernyataan bersama pemimpin pembangkang agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. Dialah dalang kepada perpecahan umat Islam di Malaysia sebenarnya. Ingin menjadi hero Islam tapi penakut bila berdepan dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Antara petikan Utusan Malaysia:

Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...