Sunday, 24 February 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Anwar Ibrahim Bertemu Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?



Ada sebab kenapa nur misuari nak sangat berjumpa anwar ibrahim, akibat rasa dendam yang teramat sangat kepada kerajaan malaysia, misuari sanggup menggigit tangan orang yang pernah suap nasi ke mulut dia dulu...

Ada secret deal antara anwar dan nur misuari, ini cerita lama, ini dendam lama, hanya anwar sahaja yang mampu menolong misuari membalas dendam ini...

RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR.

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.

Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.

Laporan ManilaTimes. Net.

Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas?
Melalui maklumat dalaman PKR, Anwar Ibrahim telah mengutuskan Tian Chua untuk berjumpa rakan baiknya, Nur Misuari 4 bulan yang lepas?

Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang. 

Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.

"Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...