Saturday 2 March 2013

Insiden Lahat Datu: Anwar Mula Menggelabah Rahsia Sebenar Terbongkar

Sikap Pakatan Rakyat cuba mengalih isu sebenar sudah dijangka. Pakatan Rakyat cuba mengambil kesempatan ke atas insiden berdarah di Lahad Datu. Deme ni tak ambil peduli pun tentang keselamatan negara. Apa yang penting pada deme bagaimana nak mengambil kesempatan untuk keuntungan politik sempit deme ni.


Kali ini Anwar menggunakan seluruh jentera termasuk macai-macai yang dibayar elaun bulanan untuk menyerang Kerajaan BN berkaitan dengan insiden tersebut. Kenyataan demi kenyataan pemimpin-pemimpin PKR  dibuat untuk mengalih isu sebenar. Jentera-jentera maya PR pula bergerak ke pelusuk media-media online menjaja kenyataan-kenyataan tersebut. Anwar dilihat menggelabah tidak seperti isu-isu yang lain hingga hampir kesemua kepimpinan PKR, AMK, SAMM dan banyak lagi yang teman tak dapat sebut membuat kenyataan yang hampir sama. Tapi persoalan pokok, nama Anwar dan Tian Chua didakwa terlibat dengan menghasut penceroboh ke Lahad Datu tidak pun sentuh. Mengapa?

Walaupun sudah banyak bukti didedahkan oleh media terutamanya media luar negara, namun ketiadaan ISA umpama Anwar dan Tian Chua kebal tidak boleh disentuh walaupun mengancam keselamatan negara. Itu lah tujuan utama PR beriya-iya mahu menghapuskan ISA demi menghancurkan negara untuk mencapai impian ke Putrajaya. Teman menjangkakan mungkin akan lagi insiden yang sama atau lebih dasyat berlaku jika PR gagal menawan Putrajaya. Kita tunggu dan saksikan sahaja kerana tiada tindakan yang boleh dikenakan pada deme ni. Tiada satu undang-undang pun  yang boleh menyekat dan mencegah dalang-dalang keganasan. Jika ada habis kuat menangkap dan dilepaskan kerana PR mempunyai peguam-peguam yang kuat penipu dan putar alam hingga hakim pun tak boleh berbuat apa-apa. Jadi kita hanya boleh melihat negara kita musnah hari saban hari dek kerana deme-deme yang mempunyai cita-cita besar walaupun terpaksa memusnahkan negara. Baru padan muka kita..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...