1.Usai sudah majlis pelancaran Manifesto Pakatan Pembangkang tengahari tadi di SACC Mall Shah Alam yang menyaksikan lagi tambahan janji demi janji untuk rakyat jelata yang kehausan kemanisan mulut pemimpin yang suka berjanji.
2.Tiada yang istimewanya manifesto kali ini yang hanya mengubah dan mencedok sebahagian besar dasar 100 hari Buku Jingga yang menemui kegagalan dalam memikat hati rakyat Malaysia.
3.Harga minyak turun,mengurangkan hutang negara,pendidikan percuma,rumah mampu milik,sejuta peluang pekerjaan dan pelbagai lagi janji ditaburi di dalam SACC Mall ini hanya menambahkan kemarahan rakyat di Negeri yang di perintah mereka. Lihat sahaja di Selangor dimana hanya 1-2 manifesto yang di tunaikan dari 31 Janji dalam Manifesto, dan apakah rakyat akan terus percaya dengan manifesto yang baru dan menghalalkan manifesto yang dirangka pada PRU12?
4.Turun Harga Minyak- Menurunkan harga minyak salah satu janji yang sangat lemah, dan rakyat seharusnya tidak mudah tertipu dengan segala yang dijanjikan. Anwar dalam ceramah sering membandingkan tentang harga minyak ketika zaman dia menjadi Menteri Kewangan dahulu, apakah Anwar lupa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri harga minyak dunia sekitar USD20 , berbanding sekarang yang mencecah USD90. Ya boleh guna duit Petronas tetapi sampai bila? Bukit kalau ditarah akan rata juga, kerana jika diikutkan kalau harga minyak dikurangkan bermakna subsidi kerajaan tanggung lebih besar dan adakah itu tidak melibatkan bebanan kerajaan dan menambah hutang negara yang sedia ada? dan apakah ada negara yang sedang membangun dan maju tidak berhutang?
5.Pendidikan percuma- Jika benar Pakatan Pembangkang serius mahu menunaikan janji ini kenapa ia tidak dimulakan di Selangor atau Kedah? Apa jadi pada UNISEL?? Apakah rakyat Selangor menikmati pendidikan percuma di UNISEL? Sama juga soalnya di Kedah, krisis yang melanda KUIN bukti kegagalan Pakatan Pembangkang mengurus tadbir Polisi dan Dasar Pendidikan dengan cekap.
6.Sejuta Peluang Pekerjaan-Mengenai peluang pekerjaan yang dijanjikan lebih sejuta rakyat akan nikmati peluang pekerjaan jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya,Exco Selangor Terresa Kok mendakwa bahawa pelaburan di Selangor 2012 mencatat rekod terbaik dalam sejarah Pakatan Pembangkang dengan jumlah RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang diluluskan masing-masing 131 projek baru dengan nilai RM7.477 bilion dan 80 projek pembesaran dan pelbagai dengan nilai pelaburan berjumlah RM3.043 bilion, akan tetapi mengapakah rakyat selangor masih ada yang sukar mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dalam projek-projek yang kononya ada di Selangor seperti yang di war-warkan?
7.Bagaimana pula dengan bantahan demi bantahan ke atas projek LYNAS dan RAPID Penggerang yang mampu memberi ribuan pekerjaan kepada rakyat tetapi dinafikan hak mereka oleh NGO-NGO yang kononya mencintai alam sekitar tetapi sebenarnya alat Pakatan Pembangkang yang berniat jahat? Mereka tutup pintu rezeki rakyat Malaysia yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu sendiri di LYNAS dan RAPID tetapi tengahari tadi mereka berjanji mahu memberikan lebih Sejuta peluang pekerjaan jika berjaya menawan Putrajaya, apakah rakyat perlu percaya?
8.Rumah mampu milik- Selama 23 tahun PAS mentadbir Kelantan tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh agensi-agensi milik kerajaan pusat seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad SPNB. Untuk Rekod Kelantan juga adalah negeri penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) dibawah program anjuran SPNB. PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) di Selangor pula hanya membina rumah-rumah yang nilainya tidak mampu dibeli rakyat selangor walaupun bergaji 3-4 ribu sebulan. Begitu juga di Pulau Pinang dan manakala di Kedah pula Kerajaan PAS menagih simpati sepenuhnya kepada SPNB, untuk membina rumah mampu milik kepada rakyat Kedah. Jika kita imbas kembali janji PRU12 Pakatan Pembangkang di Selangor dimana mereka berjanji akan membantu rakyat selangor memiliki kediaman sendiri dan sehingga hari ini rakyat nak tahu berapa ramai rakyat Selangor telah dibantu untuk memiliki kediaman sendiri?
9.Negara Islam-Akhir sekali, manifesto kali ini hanya membawa agenda PKR dan DAP berbanding PAS yang dinafikan hak untuk membentangkan dasar Negara Islam dan Hudud di Malaysia jika Pakatan ke Putrajaya. Apakah Tuan Guru Haji Hadi akan berani mengumumkan “Hari ni PR Menang! Esok Kita Laksana Hudud!”
Pasti ramai ahli PAS terutama dari Majlis Syura kecewa dengan Pembentangan pagi tadi kerana dasar dan perjuangan PAS langsung tidak diketengahkan dalam Konvensyen pagi tadi dan usaha mereka untuk menghapuskan undang-undang penjajah yang diguna pakai UMNO/BN sepanjang 56 tahun ini menemui jalan buntu kerana tidak langsung dibahaskan dalam perbentangan tadi dan ahli dan alim Ulama PAS kena akur dan meneruskan undang-undang sekular ini jika mereka berjaya menakluk Putrajaya.
Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment