Friday 1 March 2013

TERKINI 4.30 PM Di Lahad Datu: Amaran Keselamatan



Pantai timur Sabah diberikan amaran keselamatan yang tinggi berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo pada Jumaat.

Banyak kedai, perniagaan termasuk bank dan sekolah terus ditutup apabila berita mengenai insiden itu disebarkan ke seluruh negeri.

Polis Lahad Datu turut menasihatkan orang ramai supaya berada di dalam rumah dan tidak mempercayai khabar angin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Firdays Francis Abdullah berkata, kesemua mereka bersama-sama bersiap sedia dengan agensi keselamatan yang lain.

“Kami masih belum lagi menerima sebarang arahan darurat daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan orang ramai harus tenang.

“Ramai yang bimbang bahawa masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan kerana kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu,” katanya.

Semporna dan Lahad Datu berhadapan dengan seranan lanun dari selatan Filipina pada 80-an dan 90-an.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...