Selepas kemelut yang melanda antara kepimpinan DAP dan PKR Johor, pakatan pembangkang sekali lagi berdepan dengan masalah perpecahan di kalangan ahli penyokong menjelang pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi. Insiden terbaru ini melibatkan antara penyokong dan pengikut Pas di Kedah yang secara terbuka menolak kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kumpulan tersebut dikatakan telah mengadakan demonstrasi aman dan turut mengumumkan menutup unit peti undi di beberapa kawasan sebagai tanda bantahan.
Umum mengetahui sejak Pas pimpinan Pas menerajui kerajaan Kedah, wujud pelbagai isu dalaman sehingga membawa kepada perpecahan. Di kalangan pimpinan Pas negeri wujud beberapa kelompok dan puak yang saling bercakaran antara satu sama lain.
Satu kumpulan dikatakan menyokong penuh kepimpinan Azizan dan di satu pihak lagi menolak pendekatan Azizan yang dikatakan lemah dan tidak menguntungkan pakatan di negeri Jelapang Padi itu.
Kemelut perpecahan Pas di Kedah meletus bila mana Datuk Ir Phahrolrazi mengetui sekumpul pemimpin untuk menolak perlantikan semula jawatan Exco Kedah sebagai tekanan kepada kerajaan negeri. Namun hasil campur tangan Pas pusat, drama pepecahan tersebut berjaya ditamatkan segera bagi mengelakkan kerosakan yang lebih besar.
Namun begitu, ianya tidak berhenti setakat itu sahaja, bilamana tidak lama selepas itu beberapa ketua pemuda Pas kawasan bangkit mempertahankan Ustaz Azizan. Mereka mengesa agar pimpinan Pas pusat mengambil tindakan tatatertib terhadap beberapa kumpulan pemimpin yang dilihat cuba mensabotaj kepimpinan Menteri Besar.
Beberapa laporan polis juga pernah dibuat dan meminta agar pihak berkuasa seperti SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Exco yang dikatakan telah melakukan penyelewengan. Ia ekoran dari laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara terhadap kegagalan pihak kerajaan negeri berhubung isu perumahan rakyat kos rendah.
Kelibat Azizan di salah satu program anjuran BN yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri turut dijadikan isu oleh ‘orang-orang tertentu’ di dalam Pas negeri sebagai tindak balas sebelum ini. Isu tersebut dimainkan hampir saban hari, dan dijadikan sebagai modal mereka di markas bagi mempengaruhi ahli akar umbi, kononnya ustaz Azizan condong dan pro kepada BN/Umno.
Pas pusat sebelum ini juga, terpaksa mengeluarkan beberapa kenyataan bagi menafikan sekaligus menutup isu tersebut dari terus diperkatakan. Namun seperti kata pepatah ‘bangkai gajah, masakan dapat ditutup dengan pelepah kelapa’ isu dalaman ini semakin menjadi perbualan hangat dan menarik minat ramai penganalisa politik.
Menurut sumber, kepimpinan Pas negeri Kedah turut menerima tekanan dari pimpinan pakatan pembangkang pusat khususnya DAP dan PKR. Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan beberapa pendekatan ustaz Azizan yang dikatakan bercanggah dengan keputusan pakatan pusat.
Isu KUIN sebagai contoh, beberapa pimpinan PKR dan DAP pusat dikatakan menyelar tindakan ustaz Azizan ekoran keputusan penggantungan sekumpulan penuntut yang dikatakan bercanggah dengan kandungan ‘Buku Jingga’.
Tidak cukup dengan itu, keputusan kerajaan negeri berhubung isu ‘garis panduan hiburan’ turut menerima kritikan dan desakan sehingga menyebabkan Azizan terpaksa akur dan menarik kembali keputusan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Ibarat retak menanti belah, ketika ustaz Azizan menerima tekanan demi tekanan dari pimpinan parti gabungan, baik pimpinan Pas negeri mahupun pusat seolah-olah mengambil pendekatan lepas tanga. Tiada sebarang kenyataan mempertahankan atau membela ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya Pas Negeri.
Inilah realiti yang perlu dilihat oleh rakyat dan masyarakat. Parti yang selama ini melaungkan slogan Islam sanggup membiarkan pemimpin, penyokong atau mana-mana ahli tanpa sebarang pembelaan sekiranya dilihat cuba menguris hati dan perasaan pemimpin di dalam DAP dan PKR.
Dan yang paling penting, mereka tergamak malah sanggup mengambil keputusan memecat mana-mana ahli tanpa mengira jawatan sekiranya dilihat melukakan hati insan bernama Anwar Ibrahim yang pernah mendapat jolokan ‘anugerah tuhan’!!!
Suara Generasi Baru
No comments:
Post a Comment