Thursday, 28 February 2013

PANAS! DAP dan PSM Berebut Kerusi di Jelapang



Itulah Pakatan Rakyat. Namanya berpakat tapi berkelahi jugak. Ada ura-ura Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan komunis akan meletakkan calon bertanding di DUN Jelapang. Ini bermakna, wujud pertandingan 3 penjuru antara DAP, PSM dan BN.

DUN Jelapang telah dimenangi oleh DAP pada tahun 2008 oleh Hee Yit Fong dan telah keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas mesra BN. Sebelum ini PSM bertanding di satu kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 2008, dan bercadang untuk bertanding dalam kerusi lagi iaitu di Jelapang. Saraswathy (Gambar Atas) adalah calon yang disebut-disebut akan diletakkan oleh PSM. Adeeh! Komunis dah masuk!

Jeyakumar telah menggesa Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada calon namun hingga kini PSM sendiri bukanlah rakan sekutu rasmi Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat masih lagi berdolak dalih untuk menerima PSM dalam sekutu kerana Pakatan Rakyat sendiri takut akan menerima impak negatif dari rakyat apabila PSM dikaitkan dengan agenda Komunis. Mat Sabun macamana pulak? Bukankah Mat Sabun antara penyokong komunis? Kesian..

Tidak mungkin DAP Perak akan melepaskan kerusi DUN Jelapang semudah itu. PSM bagai peminta sedekah untuk mendapat simpati. Jadi berkelahi lah sampai berebut-rebut kerusi. Pada Pakatan Rakyat, berpolitik sepanjang masa tapi masalah rakyat masih lagi tidak dipedulikan...

Cuba baca petikan dibawah daripada DAP Insider,

Tetapi panglima perang DAP Perak berhujah bahawa Jelapang adalah kerusi majoriti Cina dan oleh itu seorang wakil DAP akan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada bahagian pilihan raya itu. Tetapi di mana adalah bahawa semangat 1Malaysia dalam DAP - sesuatu yang Kit Siang terus mencemuh dan menghina Muhyiddin Yasin. Dan tidak Hannah Yeoh mahu Anak Malaysia? - Yang kuat disokong oleh Lim Guan Eng sendiri. Jadi, apabila ia datang kepada amalan sebenar politik keras, prinsip-prinsip ini seolah-olah terbang keluar tingkap dan kita kembali kepada hujah-hujah perkauman. Justifikasi hanya seolah-olah bahawa kerusi itu adalah di kawasan majoriti Cina.

Secara realiti bahawa dalam DAP, kita sebenarnya tidak mahu blok mengundi India tetapi sebaliknya meletakkan beberapa personaliti India untuk memenuhi penampilan pelbagai kaum? 

Secara ringkas, DAP hanya menggunakan kaum lain sebagai alat untuk mencapai cita-cita. Lakonan demi lakonan dicipta untuk meraih undi kaum lain. Kome fikir-fikirkan lah..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...