Wednesday 27 February 2013

Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Menghapuskan Hak Keistimewaan Melayu



Dah terang lagi bersuluh. Agenda Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu sudah terbukti. Kenyataan Rafizi Lembu untuk menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Pakatan Rakyat Menawan Putrajaya membukti agenda tersebut.
Jika tiada DEB ini, mampukah orang Melayu bersaing dengan bukan Melayu? Cuba fikir-fikirkan..
Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, ini akan menjadikan negara yang beralih daripada dasar-dasar ekonomi yang berasaskan kaum kepada dasar-dasar yang berasaskan keperluan.
“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.
Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa bahagian di bawah DEB yang membawa kepada penyalahgunaan dan rasuah sahaja akan dihapuskan.
Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. (mStar Online)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...